Polis menerima aduan daripada orang awam kira-kira jam 8 malam 14 Mei lalu, yang melaporkan mengenai kenduri kahwin berkenaan. -Gambar hiasan


SEBUAH keluarga di Iskandar Puteri, Johor Bahru dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 selepas mengadakan majlis kenduri kahwin, pada Jumaat, 14 Mei 2021.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan berkenaan dilihat mengingkari prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuat kuasa.

Polis menerima aduan daripada orang awam kira-kira jam 8 malam 14 Mei 2021 lalu, yang melaporkan mengenai kenduri kahwin berkenaan. 

"Sebaik saja polis tiba di lokasi berkenaan mendapati majlis kenduri berkenaan yang bermula jam 5.30 petang sudah selesai dan tetamu sudah bersurai.

"Namun laporan orang awam yang diterima itu turut menyertakan bukti bergambar mengenai majlis kenduri kahwin termasuk kehadiran tetamu, menyebabkan polis mengeluarkan kompaun RM4,000 kepada pemilik rumah," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro, Selasa 18 Mei 2021.

Ayob Khan berkata, sejak khamis lalu sehingga Isnin, 17 Mei 2021 sebanyak 20 kompaun sebanyak RM42,000 dikeluarkan polis bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri termasuk majlis perkahwinan berkenaan.

"Mengikut pecahan, sebanyak 14 kompaun dikeluarkan di daerah Batu Pahat bagi kesalahan aktiviti ziarah raya, empat kompaun di Kluang dan satu di daerah Johor Bahru Utara (JBU) turut membabitkan kesalahan yang sama.

"Nilai semua kompaun itu adalah sebanyak RM42,000, namun sama ada ia dikurangkan atau tidak, bergantung kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Sehubungan itu beliau memohon masyarakat supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

"Siapa ingkar, kita akan ambil tindakan. Nak nasihat, kita dah bagi nasihat dah. Jadi, saya seru semua masyarakat khususnya di Johor, supaya patuhi SOP," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

4
2
4
2
5

Copy Link: