Berita Terkini| Wabak rabies melanda Sarawak ragut 33 nyawa sejak 2017! Terbaharu, 12 Mei 2021!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Wabak Rabies mula diisytiharkan melanda Sarawak pada 1 Julai 20217


WABAK rabies atau penyakit anjing gila yang diisytiharkan melanda Sarawak pada 1 Julai 2017 telah merekodkan jumlah jangkitan mencecah 35 kes dengan melibatkan 33 mangsa meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian terbaharu pada 12 Mei 2021 melibatkan seorang lelaki di Stapang, Selangau dalam Bahagian Sibu yang berusia 45 tahun.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah kilang papan itu dimasukkan ke Hospital Sibu pada 6 Mei 2021 setelah mengalami gejala demam, sakit tekak, sakit kepala, sakit ketika minum air dan hydrophobia (hidrofobia).

“Kesihatan mangsa didapati merosot serta berada dalam keadaan kritikal mulai 9 Mei 2021. Sampel klinikal untuk ujian pengesanan virus Rabies telah diambil dan dihantar ke makmal Hospital Umum Sarawak serta Univerisiti Malaysia Sarawak pada 10 Mei 2021.

“Keputusan sampel dilaporkan positif Rabies sehari selepas itu. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 1.24 pagi pada 12 Mei 2021 dengan diagnosis rabies encephalitis.

“Kejadian itu menjadikan jumlah jangkitan wabak berkenaan dalam kalangan manusia di Sarawak meningkat kepada empat kes setakat tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada 10 Jun 2021.

Tambah beliau, terdapat dua kes melibatakan mangsa kanak-kanak yang masih hidup namun dengan komplikasi neurologi teruk.KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0

Copy Link: