SEBAGAI ibu bapa, anda memainkan peranan sangat penting untuk melindungi anak-anak dan menjaga keselamatan mereka

Namun tular sebuah video dalam TikTok baru-baru ini, yang meperlihat seorang ibu dikatakan membenarkan anaknya yang berusia 10 tahun membawa kereta ke sekolah.

Susulan itu, sepasang suami isteri telah menyerahkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, Johor pada 14 Mei 2022 lalu selepas tular video anak mereka memandu kereta. 


Lagi cerita-cerita berkaitan anak-anak bawah umur


Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib menyatakan bahawa Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian telah mengesan video tular bertarikh 10 Mei 2022 lalu Facebook (FB) yang dikongsi oleh sebuah akaun dan telah menjalankan siasatan terperinci.

Hasil siasatan mendapati video berkenaan dipercayai dirakam oleh anak perempuan wanita terbabit yang berusia 11 tahun menggunakan telefon miliknya.

Menurut Mohammad Shofee, ibu bapa bersama tiga anaknya tampil serah diri ke IPD. Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui bahawa akaun TikTok yang memaparkan video berkenaan juga adalah miliknya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.



Sementara itu, video yang tular tersebut dikatakan ibu kepada kanak-kanak ini terlewat untuk menghantar anaknya ke sekolah. 

Maka, anak lelakinya ini terlihat memandu kereta Perodua Kancil membawa kakak dan adiknya yang duduk di bahagian penumpang ke sekolah. 

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat bengang dengan tindakan ibu mereka yang membenarkan anak kecil memandu kereta ke sekolah. Ia sangat membahayakan nyawa. - KitaReporters


15
9
0
14
0

Copy Link: