Video| Apabila otai panggil! Haiwan ternakan terus berkumpul, masuk reban! Otai masih berbisa!

Published by
KitaReporters


KEBIASAANNYA pada waktu petang di kampung pasti kita dapat melihat suasana penduduk memanggil haiwan ternakan masing-masing untuk pulang ke kandang atau reban agar tidak terus berkeliaran pada malam hari dan senario ini pastinya berbeza dengan kawasan bandar.

Satu perkongsian video memaparkan suasana halaman rumah kampung oleh seorang pengguna TikTok menarik perhatian netizen apatah lagi gelagat pelbagai jenis haiwan ternakan seperti ayam, angsa dan itik yang terus berkumpul dan menuju ke reban sebaik dipanggil pulang. 

Pengguna TikTok dengan akaun papa_jahat69 turut menulis 'bila otai panggil balik laju je semua berkumpul siap sedia masuk reban' pada video berkenaan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan haiwan ternakan


https://www.tiktok.com/@papa_jahat69/video/7035995366902304027?


Apa yang lucunya, pada awalnya haiwan ternakan berkenaan seolah-olah tidak mengendahkan arahan seorang budak lelaki, namun setelah 'otai' berkain pelikat datang, kesemua haiwan berkenaan kelihatan seperti tidak cukup tanah berkumpul di suatu tempat.  

Otai berkenaan kemudiannya membawa haiwan peliharaannya pulang ke reban dengan mudah hanya selepas melaungkan perkataan balik berulang kali dan kemudiannya menyebut kiri kanan kiri seperti kawad kaki setelah melihat itik ternakan berjalan dalam keadaan berbaris.




Warga maya geli hati melihat telatah ayam dan itik yang masing-masing bertempiaran mendengar panggilan tuannya. Siapa kat sini pernah dikejar oleh ayam dan itik? - KitaReporters



11
21
0
12
0

Copy Link: