Video| Allahuakhbar! Si bulus Lala ikut tuan sebut nama Allah ketika beranak! Undang sebak netizen!

Published by
KitaReporters


SEBUAH video tular yang menunjukkan seekor kucing dikenali sebagai Lala mengikut tuan yang setia menemaninya menyebut nama Allah ketika melahirkan anak mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial oleh seorang pengguna yang bernama @azitanur423, memaparkan suara wanita sebak menemani kucing kesayangannya ketika ingin melahirkan anak sehingga terjadi keajaiban kedengaran kucing itu mengikut tuannya menyebut nama Allah beberapa kali.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing-kucing


Kucing kesayangan Lala menyebut nama Allah semasa melahirkan.

“Ya Allah, allahuakhbar, allahuakhbar sayang, Allah, Allah,” tulisnya dalam laman aplikasi TikTok yang kini mencapai 300,000 tontonan.



Rata-rata pengguna media sosial rasa sebak serta teruja lalu memuji kebesaran Illahi setelah menyaksikan keajaiban kucing tersebut.

“Allahuakhbar, hebat makhluk ciptaan-Nya. Semoga dipermudahkan segala urusan, terima kasih sahabat kerana menyayanginnya seperti anak sendiri,” kata @haslinaazmi.

“Allahuakhbar, ya betul binatang itu makhluk ciptaan Allah juga. Ia berzikir macam kita juga. Pokok juga berzikir,” kongsi @MamaSITI.

“Allahuakhbar sebiji Lala sebut nama Allah. Sedih saya tengok kucing beranak sekali sahaja. Memang tidak dapat tahan kesedihan melihat kucing tahan kesakitan ketika beranak,” ujar @Atuly_04. - @KitaReporters


 

10
13
0
11
0

Copy Link: