Berita Terkini| Busuk disangka bangkai binatang! Rupanya mayat warga emas! Berbau dan berulat!

Published by
KitaReporters


MISTERI bau busuk yang disangka bangkai binatang akhirnya terbongkar selepas penemuan mayat seorang warga emas di tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Tengku Chik, di Kota Bharu, pada Ahad, 20 Jun 2021.

Mayat lelaki warga emas berusia 67 tahun itu ditemukan oleh orang awam kira-kira 6 petang Ahad dalam keadaan terbaring dan tidak berpakaian lengkap.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau dan berulat, pihaknya menganggarkan kematiannya sudah hampir seminggu.

"Mayatnya ditemukan oleh orang awam yang memasuki bangunan itu untuk proses baik pulih.

“Mangsa terbaring di tangga dan dompet padanya mempunyai dokumen pengenalan diri dan sedikit wang," katanya seperti dipetik oleh Kosmo pada Isnin, 21Jun 2021.

Hasil siasatan awal dibuat berdasarkan kad pengenalan yang ditemukan pada mangsa, mendapati dia pernah dilapor hilang pada 13 Jun 2021 lalu dengan laporan oleh anaknya yang mendakwa kali terakhir melihat bapanya pada Mei 2021 lalu selepas menghantar bapanya bertemu dengan seseorang di Pasar Siri Khadijah.

Abdul Rahim berkata, mayat lelaki warga emas itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

 

0
0
3
1
0

Copy Link: