Video| Terbaiklah ekor Harimau Malaya! Penyokong Harimau Malaya kutip sampah! Bantu bersihkan stadium!

Published by
KitaReporters


Gelagat penyokong Harimau Malaya yang menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk menjaga kebersihan stadium dengan tidak meninggalkan sampah selepas perlawanan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 7 Januari 2023  lalu wajar dipuji.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama, @433malaysia, kelihatan beberapa penyokong bergotong-royong membersihkan tempat penonton dengan mengutip sampah serta dimasukkan ke dalam plastik hitam sejurus tamat perlawanan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan kebersihan


“Jagalah kebersihan di stadium kebanggaan kita semua,” ujarnya.

Menjengah dalam ruangan komen, pengguna media sosial memuji sikap rakyat Malaysia yang mementingkan kebersihan serta mengharapkan budaya baik ini dikekalkan.



“Kita kena mulakan dari sekarang amalan seperti ini seperti yang dilakukan oleh orang Jepun untuk menjadi contoh kepada generasi muda,” kata @Oarerednus.

“Harap kekalkan sikap seperti ini walaupun kalah,” jelas @M.Koja.

“Benda baik kena dijadikan budaya,” tulis @paknalkakikbakar. - KitaReporters



12
10
0
15
0

Copy Link: