PERKONGSIAN seorang ibu mengenai anaknya sedang hamil serta mengidam untuk menaiki kereta kebal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjadi viral dan tumpuan orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @omma_ellysha76, menunjukkan hasrat wanita hamil itu dapat ditunaikan atas budi bicara anggota tentera setelah meminta keizinan untuk menaiki kenderaan itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kereta kebal


“Omma melalui rasa mengidam. Omma tahu perasaan sekiranya rasa mengidam itu tidak tertunai.

“Omma tahu ramai abang-abang askar sudah berkeluarga. Itu sebab walaupun mereka penat tetap merealisasikan apa yang kak ngah idamkan ini,” katanya.



Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kegembiran setelah hasrat ibu hamil itu ditunaikan serta memuji sikap anggota tentera yang memberi keizinan untuk menaiki kenderaan terbabit.



“Allah saya pula rasa sedih dan bangga, terbaik ATM Malaysia,” ujar @alhafismohd fuad.

“Alhamdulillah pengorbanan seorang ibu untuk anak yang sedang mengandung. Terbaik anggota ATM,” jelas @MrQue.

“Alhamdulillah seronoknya pengalaman tidak boleh lupa ini,” tulis @ImanRashid. - KitaReporters


8
21
0
13
0

Copy Link: