Akma Abdullah yang kini sudah berniqab sering berkongsi nasihat dalam media sosial.


Pernahkah anda berdepan detik-detik cemas ketika menaiki lif? Sama ada lif rosak, tersangkut atau terhempas ke bawah, ia memang sesuatu yang menakutkan. Tak perlu melaluinya, hanya baca dan menonton berita tentang kemalangan melibatkan lif, sudah membuatkan jantung berdegup kencang.

Apatah lagi kalau anda pernah melalui pengalaman tersebut. Biasanya tinggal di rumah tinggi seperti pangsapuri dan kondominium, pasti memerlukan penggunaan lif. 

Penyelenggaraan lif perlu dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang awam.


Akma mempunyai dua orang cahaya mata.


Ramai sebenarnya yang trauma untuk menggunakan lif. Ia tidak mengira umur atau jantina. Pelbagai sebab yang menyebabkan seseorang itu trauma naik lif. Selain pernah melalui pengalaman ngeri ketika naik lif, atau menontonnya di televisyen.

Antaranya ialah anak bekas peserta Akademi Fantasia ke-3 dan juga pengacara televisyen, Akma Abdullah. 

Menurut Akma yang mempunyai dua orang anak, anaknya sehingga kini masih trauma untuk menaiki lif. Namun, tidak diperjelas punca kenapa anaknya trauma menaiki lif. 

“Anak trauma. Sampai sekarang dia takut kalau naik lif. Kalau dia sorang-sorang, dia akan pakai tangga,” tulisnya.




Perkongsian Akma mengenai masalah trauma anaknya itu telah mengundang komen kasar daripada seorang netizen. Tidak diketahui sama ada individu terbabit mahu menasihati atau mengecam. 

tetapi berdasarkan ayat-ayat yang digunakan, ia bukanlah dalam kategori nasihat tetapi sebaliknya.

Malah, individu terbabit mengakui dia bekerja sebagai tukang baiki atau penyelenggara lif. Oleh kerana komennya yang terlalu kasar dan biadab, Akma telah berkongsi tangkap layar (screenshort) komen tersebut agar dijadikan pengajaran.


Individu ini mengakui dia bekerja sebagai tukang baiki lif.


Menurut Akma, jangan sembarangan dalam memberi komen terutama menggunakan ayat-ayat kasar.

“Kasihan. Semoga Allah kurniakan ketenangan buat saudara ni. Pesanan buat diri sendiri, kalau tak ada benda yang baik untuk kita ucap, seeloknya diam sahaja,” nasihatnya.

Perkongsian itu membuatkan netizen juga terkejut dan marah dengan individu terbabit. 

Sementara itu, ramai juga yang berkongsi menghadapi masalah sama iaitu trauma menaiki lif.

“Nak bagi nasihat, tapi lebih pada menghina. Allahu, macam itu ke contoh sayang bangsa,” komen salah seorang netizen. - KitaReporters



12
14
0
14
0

Copy Link: