Terkasima dan bangga melihat kejayaan anak muda Melayu yang juga pempengaruh terkenal, Khairulaming berjaya mencipta rekod jualan terpantas dalam dalam TikTok Shop Malaysia pada 2 Februari 2024 lalu. Anak muda berusia 31 tahun yang berasal dari Kelantan ini memang terkenal dengan produk Sambal Nyet Berapi sebelum ini.

Jualan terpantas itu berjaya dilakukan semasa dia menjual produk terbaharunya iaitu Dendeng Nyet Berapi. Hanya dalam masa tiga minit 39 saat, sebanyak 80,000 paket Dendeng Nyet Berapi berjaya dijual yang jualan bernilai RM1 juta lebih! 

Satu pencapaian yang sangat dibanggakan bukan sahaja oleh Khairulaming dan kru, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia termasuk para artis dan selebriti terkenal.


Antara artis dan selebriti terkenal turut memberi ucapan tahniah kepada Khairul Aming.


Salah seorang daripada artis itu ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Ogy. 

Dalam Instagram miliknya, Ogy menzahirkan rasa kagum terhadap kehebatan Khairulaming sekali gus memberi contoh terbaik kepada masyarakat khususnya yang menceburi bidang perniagaan. 

“You inspire me. A great and humble role model. Tahniah encik @khairulaming. Terus maju dan sukses. Kak Ogy doakan Ya. Amat bangga dengan pencapaian en. Khairul. Alhamdulillah,” tulisnya.



Bagi yang belum mengetahui, selain berlakon Ogy juga berniaga Sambal Goreng Saadiah dan pelbagai jenis sambal yang lain. Resipi turun-temurun daripada arwah ibunya, Saadiah, turut dijual secara dalam talian. Jadi, tidak hairanlah kalau Ogy terinspirasi dengan kehebatan Khairul Aming.



Rata-rata pengikut Ogy dalam Instagram turut mendoakan perkara yang sama terhadap perniagaan yang diusahakan oleh pelakon terkenal itu. 

“Semoga produk Kak Ogy juga akan laris manis macam tu. Amin,” tulis salah seorang pengikutnya.



Kejayaan yang dilakar oleh Khairulaming membuktikan ilmu yang dipelajari di sekolah sangat berguna. Percayalah, Khairul Aming tidak akan berjaya seperti hari ini kalau bukan kerana ilmu yang dimilikinya. Malah, perniagaan itu sendiri adalah ilmu! Pempengaruh seperti inilah yang perlu kita contohi dan bukannya pempengaruh yang mendakwa sekolah itu buang masa dan tidak penting. Fikir-fikirkanlah! - KitaReporters



14
16
0
5
0

Copy Link: