Fizi Ali dah ketemu jodoh? Aisha Mazlin juara program Fizi Cari Jodoh DJ di Hot FM! Kontrak setahun!

Published by
KitaReporters



SETELAH beberapa minggu mengadakan ujian kepada finalis yang terpilih untuk segmen 'Fizi Cari Jodoh DJ', akhirnya Fizi berjaya mendapatkan pasangan terbaharu untuk berduet bersamanya dalam segmen Hot Squad dalam radio Hot FM iaitu Aisha Mazlin yang diangkat selaku juara menewaskan empat peserta yang lain. 

Radio pilihan rakyat Malaysia, Hot FM bersama Fizi pada awal Januari 2023 lalu telah mengadakan satu cabaran buat sesiapa sahaja berhajat untuk menjadi penyampai radio atau disc jockey (DJ) dan ia telah mendapat sambutan yang luar biasa serta ternyata yang mencuba untuk menjadi penyampai radio mempunyai bakat terpendam.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyampai radio


Untuk pusingan awal, mereka harus merekod video berduet bersama Fizi dan memuat naik dalam media sosial dengan taglien 'Fizi Mencari Jodoh' dan dari kesemua itu, sebanyak 10 peserta dipilih untuk pusingan kedua sebelum ia dipendekkan lagi kepada lima peserta terakhir.  

Untuk pusingan akhir sebanyak lima peserta iaitu Aisha, Nisa Kay, Affiq, Asha Faudzi, Aleya Lee dan AG Hafiz harus melakukan beberapa ujian yang diberikan antaranya kandungan digital dan perlu melakukan beberapa aktiviti kemasyarakatan. Kesemua ujian ini adalah penilaian buat kesemua peserta. 

Ternyata Aisha lebih menonjol berbanding rakan yang lain sekali gus dipilih selaku pemenang dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Beliau juga ditawarkan kontrak selama setahun bersama Hot FM.  

Moga gandingan mereka berdua ini akan menarik lebih ramai pendengar buat stesen radio ini. Program sudah mencari jodoh, mana tahu jika ia benar-benar berjodoh di konti sehingga ke jinjang pelamin. - KitaReporters


Kredit Foto: Hot FM

13
9
0
11
0

Copy Link: