ADA perkara yang boleh dibuat lawak atau diparodikan dan sebaliknya. Namun, kalau perkara itu melibatkan sesuatu yang sensitif seperti agama jangan sesekali melakukannya. Kalau anda perasan, akaun Twitter parodi semakin banyak muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ya, ada sesetengahnya memang lawak dan menghiburkan. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan berita palsu:

https://kitareporters.com/search?search=berita+palsu


Kini sudah ada Bermana yang jadi parodi kepada Bernama, serta Sinaran Harian yang meniru Sinar Harian. Maka, berhati-hatilah apabila menerima berita atau maklumat daripada akaun-akaun tersebut, yang sengaja menularkan berita-berita palsu atau fake news.

Namun ingat, jangan sesekali berlebihan dan menyentuh perkara-perkara yang sensitif seperti disebutkan tadi.

Terbaharu, seorang ahli akademik terkenal, Dr Rafidah Hanim Mokhtar telah mendedahkan satu akaun Twitter yang menggunakan nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai parodi.

Melihat pada akaun parodi berkenaan, didapati mereka menggunakan logo yang sama dengan akaun rasmi JAKIM dan menambah emoji serta meletakkan perkataan ‘just kidding’ (hanya bergurau) bagi menjelaskan akaun itu hanyalah parodi.


Tidak mahu orang ramai terkeliru dengan laman rasmi atau tulen daripada JAKIM, Dr Rafidah mendedahkannya dalam Twitter dengan meletakkan sekali tag nama JAKIM.

“@MyJAKIM mohon maklum tentang akaun "parodi" yang menggunakan nama dan logo yang sama kecuali ejaan akaun palsu ini dengan huruf L kecil menggantikan huruf I besar dalam akaun asal. Kebarangkalian ayat Quran dan hadis diselewengkan atas nama parodi adalah tinggi,” tulisnya.


Ciapan Dr Rafidah mendapat tindak balas segera daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.

“Maklum. Terima kasih Dr. @MyJAKIM boleh ambil tindakan sewajarnya untuk akaun palsu @MyJAKlM,” tulisnya.



Selain itu, Dr Zulkifli juga menyeru kepada orang ramai agar sama-sama membuat laporan (report) ke atas akaun yang menimbulkan kekeliruan ini. 

Seruan itu mendapat tindak balas pantas daripada netizen dengan membuat ‘report’ ke atas akaun tersebut. Rata-rata netizen menganggap perbuatan itu melampaui batas. - KitaReporters

0
1
0
0
1

Copy Link: