Berita Terkini| 1k penduduk Jeli disasar terima vaskin setiap hari! Turut wujudkan PPV bergerak

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan suntikan vaskin Covid-19 semakin positif 


SERAMAI 1,000 penduduk di jajahan Jeli, Kelantan disasarkan menerima suntikan vaksin setiap hari di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  bagi bantu negara mencapai imuniti kelompok.

Ketua Jajahan Jeli, Nik Raisnan Nik Daud berkata setakat  ini seramai 6,450 orang telah diberi suntikan vaksin berkenaan daripada jumlah keseluruh penduduk di Jeli seramai 30,500 orang.

“Masih berbaki kira-kira 24,000 penduduk di jajahan ini yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 ini.  Sehubungan itu, kita sasarkan sekurang-kurangnya selepas ini 1,000 orang akan menerimanya setiap hari.

“Bagi pastikan sasaran ini mampu dicapai, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak turut diwujudkan. Sekiranya dicapai, kita hanya memerlukan 24 hari sahaja untuk melengkapkan dos pertama tersebut.

“Selain itu, satu pasukan berperanan bagi membantu serta mencari penduduk yang gagal hadir menerima suntikan disebabkan faktor-faktor tertentu juga ditubuhkan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 16 Jun 2021.

Tambah beliau, pasukan tersebut yang dikenali sebagai PICK 19 turut berperanan menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan sebagainya bagi melancarkan lagi matlamat PICK.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Raisnan memaklumkan tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan suntikan vaskin juga semakin positif sekali gus menjadi penanda aras penerimaan rakyat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0

Copy Link: