KEMUNCULAN Apex Tajudin, 24, dalam  Mentor Milenia 2019 ternyata kembali segarkan lagi ingatan peminat hiburan tanah air terhadap Allahyarham Sudirman Arshad. Sebelum ini, telahpun ada pelakon, Que Haidar. Tuah wajah seiras! : KitaReporters


Tampil dengan pakej lengkap, Apex yang juga protege kepada mentor, Hazama muncul sebagai juara rancangan realiti itu pada Disember lalu tewaskan tiga protege lain iaitu Daus Husny selaku naib juara, Aedy Kama (ketiga) dan Rika Riana (keempat).

Sebagai pendatang baharu dalam dunia hiburan tanah air, perjalanan karier seni pemilik nama sebenar Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajudin ini dilihat berjalan lancar dan diterima baik peminat.

Sesuatu yang boleh dibanggakan, single pertama Apex berjudul Panggung ditulis oleh komposer terkenal, Faizal Tahir, Mike Chan, Karim Karam dan Romeo telah mendapat lebih 500,000 tontonan dalam saluran YouTube TV3 Official. 

Apex Tajuddin (kiri) bersama mentornya, Hazama bergambar kenangan selepas diumumkan juara Mentor Milenia 2019. Kredit foto: Internet 


Apex Tajudin (kiri) bakal tampil dengan single baharu bertajuk Pergi Jauh yang berentak balada hasil buah tangan Faizal Tahir. - Kredit Foto: IG Apex Tajudin 


Bakal tampil dengan single terbaharu bertajuk Pergi Jauh dijadualkan Julai depan, Apex dedahkan dia pernah ditawarkan berlakon bagi memegang watak sebagai Allahyarham Sudirman.

"Saya akui ramai berpandangan wajah saya ada persamaan dengan Allahyarham (Sudirman), bagi saya itu semua rezeki. 

"Saya juga kagumi bakat dimiliki arwah sehingga dinobatkan penghibur nombor satu Asia.

"Mungkin tuah wajah hampir seiras, saya ada menerima satu projek untuk berlakon filem berkaitan kisah beliau (Allahyarham Sudirman). Individu yang mengajak saya itu seorang pelakon dan juga orang Terengganu.

"Bagaimanapun sewaktu 'offer' itu saya belum beri sebarang kata putus

"Banyak perkara perlu dilihat terlebih dahulu dan perkara itu 'terhenti' selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 lalu," katanya ketika ditemui Mojo KitaReporters di Kuala Terengganu.

Penyanyi kelahiran Kelantan yang kini menetap di Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu berkata, setakat ini, dia tidak mengetahui sebarang perkembangan terbaharu projek filem dihasratkan pelakon itu.

"Mungkin kerana sudah lama PKP jadi projek ini senyap begitu sahaja lagi setakat ini. 

"Sekiranya diteruskan ia boleh dipertimbangkan, lagipun tidak salah untuk cuba luaskan lagi bakat dalam karier seni saya.

Sepanjang tempoh PKP, Apex Tajudin bukan sahaja mengisi masa dengan cover lagu-lagu penyanyi lain, tetapi juga terlibat beberapa projek lakonan. - Kredit Foto: IG Apex Tajudin 


"Meskipun dikenali sebagai penyanyi saya sebenarnya telah terlibat dengan beberapa projek lakonan bersama rakan-rakan. 

"Sepanjang tempoh PKP sehingga kini kami telah hasilkan lebih kurang 15 video termasuk lagu-lagu cover.

"Seandainya ada rezeki untuk terjun bidang lakonan secara serius nanti, keutamaan tetap diberikan dalam bidang nyanyian," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Apex turut memaklumkan meskipun kini bergelar artis namun dia akan terus berniaga yang menjadi sumber pendapatannya sebelum menginjak ke dunia hiburan selain daripada 'busking'.

Katanya lagi, terbaharu dia kini menjual sambal tempoyak atau sambal poyok dan sepanjang PKP, dirinya giat membantu isteri berniaga nasi lemak serta tauhu begedil. - KitaReporters

Apex Tajudin bersama isteri dan anak tersayang. Kredit Foto: IG Apex Tajudin 


Sambal poyok menjadi pilihan terbaharu Apex Tajudin untuk berniaga. Kredit foto: Mojo KitaReporters 

6
3
0
0
0

Copy Link: