Video| Tak sengaja atau untuk konten? Pemilik kereta kena sembur sabun kereta! Maaf tak perasan!

Published by
KitaReporters


SESIAPA yang mempunyai kereta selalunya akan membasuh kereta di mana-mana kedai mencuci kereta kerana ia sangat memudahkan urusan semua orang dengan harga yang masuk akal.

Ada antara kita lebih memilih untuk menunggu di dalam kereta sahaja ketika mencuci kereta yang dilakukan oleh pekerja mencuci kereta.

Tular sebuah video dalam Tiktok apabila seorang pemilik kereta yang sedang membasuh kereta dilihat disiram dengan air sabun tanpa sengaja oleh pekerja tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan insiden melucukan


Ini kerana pemilik kereta itu dilihat sebenarnya tidak menutup tingkap dan pekerja cuci kereta itu pula tidak perasan dan terus menyiram dengan air sabun.



Warga maya semuanya memberi respons yang sangat kelakar dengan tindakan yang tidak disengajakan oleh pekerja tersebut.

Bukan basuh kereta sahaja ni, dengan tuan kereta sekali kena basuh. Berkilatlah muka macam kereta! - KitaReporters



18
13
0
16
1

Copy Link: