Berita Terkini| Lokasi sasaran 'kumpulan baju hitam' dikawal ketat polis! Larangan berhimpun!

Published by
KitaReporters

Dataran Merdeka antara salah satu lokasi sasaran kumpulan baju hitam mengajak masyarakat berhimpun.


LOKASI-LOKASI sasaran kumpulan baju hitam yang mengajak masyarakat berhimpun jam 2 petang pada 30 Jun 2021 kini telah dikawal ketat pihak polis bagi menghalang himpunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata semua laluan keluar masuk ke Dataran Merdeka telah ditutup selain turut mengawasi kawasan bangunan dan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Polis juga turut adakan sekatan jalan raya bergerak di beberapa lokasi masuk ke Kuala Lumpur khususnya menuju ke kawasan-kawasan sasaran kumpulan baju hitam. 

"Setakat jam 11 pagi, tiada sebarangan pergerakan mencurigakan berkaitan aktiviti perhimpunan tersebut dikesan polis. Kita nasihatkan orang ramai tidak berkumpul seperti diarahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan. 

"Polis tiada akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati berdegil serta langgar arahan polis termasuk yang keluar tanpa kebenaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya dipetik laporan Harian Metro, 30 Jun 2021.

Untuk info, kumpulan baju hitam menyasarkan lokasi seperti Istana Negara dan Istana Negeri seluruh negara, ibu pejabat KWSP dan cawangan, Dataran Merdeka serta Dataran Putra (Masjid Putrajaya) untuk ajak orang ramai berhimpun bermula jam 2 petang, 30 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
2

Copy Link: