BEBERAPA bulan sebelum majlis perkahwinan pasti persiapan giat dilaksanakan bermula daripada baju yang akan digayakan pada hari istimewa sehinggalah persiapan hidangan untuk dijamu kepada tetamu. Semuanya dilakukan dengan teratur dan teliti bagi memastikan perjalanan pada hari bahagia itu berjalan dengan lancar dan meriah. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Namun bagaimana jika hari bahagia itu pengantin tidak berpeluang menggayakan baju pengantin yang cantik sebaliknya terpaksa memakai baju Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE).

Mesti sedih dan kecewakan?

Tapi itulah yang terpaksa dilalui sepasang pengantin baharu di India yang terpaksa rela menggayakan baju PPE sebagai pakaian rasmi pada hari bahagia mereka.



Walaupun sedih dan kecewa namun peraturan itu wajib diikuti bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19 yang melnda di seluruh dunia.

Memetik laporan Indiatimes.com, pasangan bandar Shahbad, India terpaksa menggayakan baju PPE sebagai baju kahwin mereka ketika melafaz ikrar perkahwinan mengikut adat dan budaya masyarakat India yang diadakan di Pusat Kuarantin Covid-19 Kelwara di bandar itu baru-baru ini.

Keadaan itu terpaksa dilakukan berikutan pengantin perempuan telah disahkan positif Covid-19 pada hari bahagianya.

Mungkin disebabkan tidak mahu menangguhkan perkahwinan mereka tetap meneruskan juga majlis yang telah dirancang oleh keluarga terdekat. 


LAIN daripada kebiasaan pengantin baru terpaksa menjadikan pakaian PPE di hari bahagia mereka yang berlangsung di Pusat tahanan Covid Kelwara, India. - Kredit foto: India Times.


Malah sanak–saudara yang hadir meraikan majlis perkahwinan itu juga turut memakai baju PPE.

Manakala pengantin lelaki pula hanya menambah aksesori dengan menggayakan turban di kepala bagi menampakkan pakaian tradisi masyarakat India selain terpaksa memakai sarung tangan sebagai perlindungan. 



Nasib baik pengantin lelaki kreatif… ada juga perbezaan dengan tetamu lain jika tidak mesti kelihatan sama semuanya.

Semestinya apa yang berlaku itu menjadi  memori terindah kepada pasangan itu.

Tapi jangan risau... Apabila semua dah reda bolehlah menggayakan pakaian pengantin yang sebenar dan melakukan sesi penggambaran sebagai kenangan. Yakinlah setiap berlaku itu pasti bersebab.

Selamat Pengantin Baharu! - KitaReporters


1
6
0
1
0

Copy Link: