"SAYA berharap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat melupuskan nama saya daripada senarai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana perkara itu akan terus menjadi cemuhan netizen,” kata Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli. Wan Hassan adalah antara Ahli-Ahli Parlimendan kenamaan yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN). : KitaReporters

Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli


Sebelum ini, media melaporkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Fuziah Salleh antara Ahli Parlimen yang didakwa ‘lulus’ permohonan BPN.

Wan Hasssan yang terkejut dengan isu berkenaan selepas dimaklumkan oleh rakan dan pegawainya mengenai kelayakan beliau menerima bantuan itu telah tersebar dalam media sosial.

Katanya, dia mengetahui perkara itu ketika sedang mempengerusikan mesyuarat pembahagian bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Pejabat PAS Kawasan Dungun, pada Khamis, 9 April2020.

“Rakan memaklumkan status kelayakan saya itu telah diviralkan oleh orang ramai. 

"Saya segera membuat semakan dan amat terkejut perkara itu sememangnya benar.

Tersebar menerusi media sosial mengenai status Wan Hassan mendapat kelulusan bantuan BPN.


“Saya menghentikan mesyuarat seketika dan menghubungi isteri dan anak bertanya sama ada mereka ada membuat permohonan BPN itu, namun mereka menafikan,” katanya.

Katanya, selepas ini, jika wang itu dimasukkan saya akan menulis surat kepada LHDN untuk mengembalikannya.

Wan Hassan berkata, memandangkan pejabat LHDN tutup berikutan PKP, beliau tidak dapat menghubungi untuk bertanyakan status kelayakannya itu.

”Sebagai Ahli Parlimen, saya berasa sangat malu kerana sedar tidak layak menerima bantuan itu.

“Selepas membuat semakan, saya dapati ada beberapa lagi rakan Ahli Parlimen turut mengalami nasib sama dengan saya,” katanya.

Wan Hassan berkata, beliau juga sudah membuat semakan dan mendapati wang bantuan sebanyak RM1,600 itu belum dikreditkan ke dalam akaunnya.

“Selepas ini, jika wang itu dimasukkan saya akan menulis surat kepada LHDN untuk mengembalikannya,” tegasnya.

Wan Hassan mengesahkan nama beliau tersenarai sebagai penerima BPN


Sementara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahkan, beberapa Ahli Parlimen dan orang kenamaan tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana kelulusan dibuat secara automatik, berdasarkan data taksiran pendapatan individu itu pada 2018, yang ada dalam rekodnya.

Dalam kenyataannya pada Khamis, 9 April 2020, LHDN memaklumkan, penentuan penerima BPN dibuat mengikut kriteria pendapatan dengan data percukaian terkini, berdasarkan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018 dan pangkalan data kerajaan.

Katanya, hanya individu yang mempunyai tahap pendapatan bercukai berada dalam julat pendapatan ditetapkan, layak menerima BPN.

“Merujuk isu beberapa Ahli Parlimen dan orang kenamaan turut layak dan menerima BPN, perlu dijelaskan bahawa kelulusan dibuat secara automatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu itu pada 2018 dalam rekod LHDN,” kata kenyataan itu lagi.

“Namun demikian, LHDN menerima baik Ahli Parlimen yang secara sukarela memulangkan bayaran BPN itu

"Mereka boleh berbuat demikian dengan mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad.

“Seterusnya lampirkan draf bank dan cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan) dan dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan di Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia Presint 2, 62592 Putrajaya,” katanya. - KitaReporters

2
1
0
0
0

Copy Link: