Video| Terima kasih Tun! Sokong peniaga kecil seperti kami! Peniaga terima tempahan 10 helai skirt!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang peniaga mendapat ‘review’ yang baik setelah menerima tempahan sebanyak 10 helai skirt panjang tidak menyangka pelanggannya itu adalah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menjadi tular.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @shopany.my, beliau pada mulanya mendapat kiriman mesej oleh seorang individu menyatakan ‘boss’nya amat menyukai skirt labuh tersebut dan berasa terkejut apabila mendapat gambar daripada individu itu bahawa ‘boss’ yang dimaksudkan adalah Dr Siti Hasmah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tun Siti Hasmah Mohd Ali


“Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar, Tun Siti Hasmah yang beli skirt saya. Tun beli 10 helai skirt terus dengan saya and dia amat menyukai. Sampai sekarang rasa macam tidak percaya, rasa mcm mimpi.

“Dia sangat merendah diri, siap suruh staff dia bagi review lagi. Saya rasa nak nangis, terima kasih Tun sokong peniaga kecil dan tempatan seperti kami,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media sosial menyatakan peniaga itu amat bertuah serta mendoakan perniagaannya akan lebih maju.



“Untungnya awak, rezeki besar ini,” kata @rahiza.

“Inila saat paling manis dalam perniagaan, rezeki kamu,” tulis @Lianazara.

“Alhamdulillah rezeki, bertuahnya awak. Dapat pembeli orang yang disegani,” jelas @Zera_Zainal. -  KitaReporters


12
18
0
14
0

Copy Link: