Anak dan bonda. - Kredit gambar: Imej Getty oleh Jeff J Mitchell 


"SAYA bernasib baik kerana dapat meluangkan masa 24 jam sebelum bonda mangkat. Ia satu penghormatan dan rasa sangat istimewa dapat menemani dia dalam perjalanan terakhirnya.

"Menyaksikan kasih sayang dan rasa hormat yang ditunjukkan oleh ramai orang sepanjang jalan kenangan dengan rasa rendah diri dan rasa gembira," demikian kata puteri tunggal Ratu Elizabeth II, Puteri Anne dalam Twitternya The Princess Royal, The Royal Family (@RoyalFamily) pada 13 September 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ratu Elizabeth II


Ratu Elizabeth II mangkat di Istana Balmoral Scotland pada 7 September 2022 lalu, disemadikan pada 19 September 2022.

Puteri Anne yang selama ini terkenal sebagai panas baran dan jarang tampil di khalayak ramai, sentiasa berada di sisi bondanya sepanjang baginda gering. Suaminya, Timbalan Admiral Sir Tim Laurence, turut mengiringi keranda ratu dari Edinburgh ke London. Ratu ditempatkan di Istana Buckingham untuk membolehkan rakyat memberi kunjungan hormat terakhir.

Pada sebelah petang Isnin, 12 September, keempat anak Ratu Elizabeth II - Raja Charles III, Puteri Anne, Putera Andrew dan Edward membuat upacara bertafakur di Gereja St. Giles bersama Kompeni Pemanah Diraja, dipanggil 'Vigil of the Princes' (upacara berjaga-jaga). Mereka berdiri kaku selama 10 minit.


Puteri Anne turut mengambil bahagian dalam upacara buat bondanya. - Kredit gambar: Imej Getty


Upacara bertafakur ini baru saja dua kali dilakukan. Satu ketika kemangkatan Raja George V dan kematian ibu ratu pada 2002.

Upacara ini dikenali "Vigil of the Princes" sebab masa itu, Raja George V ada empat anak, Raja Edward VIII, Putera Albert, Henry dan George yang bertafakur di keranda bapa mereka pada 28 Januari, 1936 di Westminster Hall.

Kali kedua bila Ibu ratu kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia dan Putera Charles, Andrew,  Edward dan sepupu mereka Viscount Linley berdiri di penjuru keranda nenda mereka.



Prince of Wales, Putera William dan isteri, Kate middleton dalam Istagram mereka berkata, walaupun duka dengan kehilangan nendanya, dia bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada ratu sepanjang usianya yang kini kian menghampiri lima dekad.

"Isteri saya yang mendapat gelaran Princes of Wales yang dahulunya diberikan kepada Lady Diana Spencer bertuah mendapat asuhan nenda selama 20 tahun, manakala tiga anakanda saya pula, mendamping moyangnya untuk mencatat momen manis yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

"Nenda sentiasa di sisi saya baik waktu susah apalagi ketika senang," kata William yang kini menjadi Tengku Mahkota yang juga kemungkinan besar menggalas banyak tugasan diraja disebabkan Raja Charles III sudah pun berusia 75 tahun.

William dan Kate sangat berahsia tentang hubungan dengan nendanya. Bagaimanapun, Pakar Penulis Diraja @ Editor 

Majesty Magazine, Joel Little ketika mendedahkan hubungan itu kepada US Weekly pada September 2021, memberitahu ratu sangat rapat dan mengganggap Kate, orang  paling dipercayai kerana nantu cucunya sudah 10 tahun hidup bersamanya. 

Pada Ogos 2021, sumber kerabat diraja memberitahu akhbar itu, ratu sangat berharap pasangan ini akan memikul tanggungawab memartabatkan sistem monarki walaupun Charles menjadi raja. Malah Ratu Elizabeth II turut mengajar kehidupan diraja dan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai persediaan Kate menaiki takhta bersama William.





Putera Harry yang mewakili isterinya, Meghan Merkle yang masih kekal dengan gelaran Duke dan Duchess of  Sussex, berkata "Nenda, perpisahan terakhir ini membuat kita dilanda kesedihan yang tak terucap. Saya akan kekal mengenang setiap detik kita bersama. 

"Pertama kali bertemu nenda sejak masih kanak-kanak sehingga bersua nenda ketika menjadi ketua komander (Commander-in-Chief). Sampai saat-saat bertemu mata dengan isteri kesayangan saya dan memeluk cicit nenda," katanya.

Sementara itu, Meghan dalam Instagram yang sama, menulis, pada 1997 seorang putera raja yang berusia 12 tahun meratap

kematian bondanya, Lady Diana dan kali ini pada 2022, putera sama, kini berusia 37 tahun berkabung hiba dengan pemergian nendanya. 


 


Meghan and Harry turut sama dengan kerabat diraja di Istana Buckingham menunggu ketibaan keranda ratu dari Scotland. Sebelum ini, akhbar di Britain sibuk melaporkan bahawa Meghan dikatakan tidak dibenarkan berada di istana untuk memberi penghormatan terakhir.



Lifestyle.Inq melaporkan pada 14 September 2020, The Duke of Cambridge, Prince William mendapat undian tertinggi di kalangan keluarga diraja itu. Sebelum ini William mendapat 85 peratus dan sebelum berkurangan kepada 78 peratus kerana warga negara itu yakin William turut sumbangan yang sangat besar. 

Manakala populariti Harry pula melonjak kepada 77 peratus daripada sebelum ini 72 peratus saja. 

Undian dibuat ketika Ratu Elizabeth II menyambut ulang tahun ke-70 menaiki takhta pada pada 6 Februari 2022. KitaReporters


17
15
0
11
0

Copy Link: