Video| Remang bulu roma bila dia tarik! Pelajar sekolah kena denda menyanyi! Rupanya boleh nyanyi!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN video seorang guru sekolah menunjukkan pelajarnya melantun suara yang cukup merdu sehingga membuatkan orang ramai terpukau dengan bakat pelajar itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh cikgu terbabit dalam media sosial bernama @cguabgamin, beliau menjelaskan pelajar itu pada mulanya disuruh menyanyi sebagai denda.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bakat menyanyi


Namun apa yang mencuri tumpuan orang ramai selepas mengenakan denda, cikgu itu meminta anak muridnya berlatih bagi persembahan sekolah.

“Denda kena nyanyi. Sekali nyanyi merdu sungguh suara. Insya-Allah adik Saiful akan berlatih untuk persembahan akan datang,” katanya.



Rata-rata orang ramai amat kagum dengan suara merdu pelajar lelaki itu dan meminta pihak sekolah berusaha mencungkil bakat nyanyian anak murid mereka.

“Mantap suara budak ini. Cikgu kena ketengahkan bakat budak ini,” ujar @MariaChristina.

“Adik feeling (perasaan) nyanyian sehingga sampai ke semenanjung Dik,” kongsi @Azlina.

“Sis meremang bulu roma bila dia tarik. Memang sedap suara,” tulis @AADonut. - KitaReporters


14
12
0
17
0

Copy Link: