DALAM dunia ini, ramai sebenarnya yang berhati mulia dan sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Apa yang lebih menarik, bantuan yang diberikan  berkali-kali sehingga  mencecah jutaan ringit. Di negara ini juga kita bertuah kerana mempunyai rakyat yang prihatin dengan keperluan semasa orang ramai untuk mendapatkan pelitup muka kerana masih pandemik Covid-19. : KItaReporters


Liow Soon Hee ditemui ketika menyerahkan sumbangan sejuta keping pelitup muka kepada akhbar China Press dalam satu majlis di kilang The Nest, Puchong, Selangor pada 21 Disember 2020. 


Lagi kisah-kisah pelitup muka:

https://kitareporters.com/search?search=pelitup+muka


Iyalah, bagi yang berkemampuan sekotak pelitup muka biasa sahaja kepada mereka tetapi bagi  golongan miskin dan gelandangan harga itu adalah sama dengan nilai sepinggan makanan untuk mengisi perut.

Menyedari kekurangan insan lain, Yayasan Winner Emperor Sedunia telah menyumbang sebanyak 16 juta keping pelitup muka kepada pelbagai pihak sejak negara mengisytiharkan orang ramai diwajibkan memakainya sebagai langkah mengelak jangkitan virus korona Covid-19 pada bulan Mac 2020 lalu.


 

Liow Soon Hee (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan sejuta keping pelitup muka Foo Seau An dalam satu majlis di kilang The Nest, Puchong.


Pengasasnya,  Dato’ Seri Liow Soon Hee berkata, sumbangan tersebut bertujuan memudahkan urusan orang ramai terutama pihak yang memerlukan  untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya tak kira sudah berapa kali menghulur kan bantuan. Seingat saya, bermula bulan Mac sewaktu awal pandemik Covid-19  pihak kami sudah mula menyumbang pelitup muka kepada yang memerlukan. Waktu itu, harga pelitup muka masih mahal, kira-kira RM1.44 sekeping.

“Untuk permulaan, kami menyumbang satu juta pelitup muka kepada petugas media. Kemudian sebanyak dua juta pelitup muka diberikan kepada petugas barisan hadapan. Malah, kami juga turut menyumbang lima juta pelitup muka kepada Sin Chew Daily untuk diagihkan,” katanya selepas majlis penyerahan satu juta penutup muka kepada akbar China Press di Kilang The Nest, Puchong, Selangor pada isnin, 21 Disember 2020. 

Menurut Pengurus Perhubungan Awam & Persatuan The China Press Berhad, June Foo Seau An berterima kasih kepada yayasan yang sudi bekerjasama. Pihaknya akan mengagihkan pelitup muka tersebut kepada cawangan pejabat  di seluruh negara.

“China Press akan mengagihkan pelitup muka yang diterima hari ini ke  cawangan pejabat kami di seluruh negara. Setiap cawangan pula akan menyalurkan  bantuan tersebut  mengikut keperluan setempat masing-masing.

 “Kami mempunyai ramai pembaca di setiap negeri, sumbangan pelitup muka ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan seperti sekolah, rumah orang tua atau mana-mana organisasi.

“Beberapa bulan lalu, kami telah memberinya kepada pembaca dan mereka datang sendiri ke pejabat tetapi kali ini agihan pelitup muka akan diberikan  lebih kepada organisasi dan rumah kebajikan.

“Sebahagian  sumbangan  kepada anak-anak yatim dan rumah orang tua  mengikut keperluan setiap negeri.  Manakala proses penghantara ke cawangan akan bermula pada  Januari ini,” ujarnya.


Sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) kepada Yayasan Winner Emperor Sedunia dan sijil kepada Liow Soon Hee sebagai penyumbang terbanyak pelitup muka iaitu 16 juta keping sejak Mac 2020. 


Sementara itu, usaha murni jutawan muda ini dan Yayasan Winner Emperor Sedunia telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai penyumbang pelitup muka yang terbanyak kepada orang ramai iaitu kira-kira 16 juta keping.

Pada majlis yang sama telah berlangsung menyerahan sijil pengiktirafan daripada MBOR yang diwakili oleh Pengurus Operasi, Penyelidik dan Pemasaran Edwin Yeoh.

Jelas Soon Hee, sebelum ini pihaknya terpaksa membeli dari luar pelitup muka untuk disumbangkan kepada orang ramai. Bagaimana pun kini masalah itu dapat diatasi kerana pihaknya boleh menghasilkan produk tersebut.

“Sekarang ini, kita sudah mempunyai 10 mesin sendiri di Malaysia untuk mengeluarkan pelitup muka dan saya adalah salah seorang daripada pemegang sahamnya. 

“Apa yang saya dan rakan-rakan lain lakukan ini  adalah untuk kebajikan, tidak ada kena mengena dengan bisnes. Selagi boleh, saya akan cuba membantu sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya.

Katanya lagi, dia terbaca di akhbar atau melihat sendiri bagaimana gelandangan tidak mempunyai  pelitup muka kerana tidak mampu membelinya, sedangkan dalam situasi sekarang, pelitup muka amat penting. Itu yang mendorong beliau untuk terus memberikan bantuan dan mengajak orang ramai melakukan perkara yang sama.

“Selain sumbangan daripada yayasan, mana-mana organisasi yang mahu  menghulur sumbangan pelitup muka dialu-alukan kerana kami  sanggup bekerjasama.

“Walaupun kami memberi sumbangan dalam bentuk material namun saya akui mereka yang turun padang dan membantu dengan tangan sendiri golongan gelandangan dan miskin  adalah pejuang sebenar. Saya sangat menghargai usaha mereka itu dan berharap boleh melakukan perkara yang sama pada masa akan datang,” ujarnya. - KitaReporters


Edwin Yeoh (empat dari kiri) menyerahan sijil pengiktirafan kepada Liow Soon Hee sebagai penyumbang terbanyak pelitup muka iaitu 16 juta keping sejak Mac 2020.

2
0
0
0
0

Copy Link: