HARI gaji pasti menjadi hari yang ditunggu-tunggu bagi seorang pekerja, kerana selepas sebulan bertungkus-lumus tiba masanya upah dibayar.

Dengan gaji yang diterima pasti pelbagai perancangan dibuat untuk digunakan selama sebulan.

Bagaimana pula jika majikan tersalah membuat bayaran gaji. Mesti terkejut?

Bagi yang jujur dan ikhlas pasti wang yang bukan miliknya akan dikembalikan semula kepada majikannya. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan isu gaji dan imbuhan



Namun berbeza dengan seorang pekerja di syarikat di Republik Chile, Consorcio Industrial de Alimentos (CiAL)menerima gajinya yang luar biasa iaitu 286 kali ganda daripada gaji yang sepatutnya.

Memetik odditycentral.com, lelaki berkenaan sepatutnya menerima gaji bulanan sebanyak 500,000 Peso (RM2,380).

Namun alangkah terkejut pekerja berkenaan, pada Mei 2022 lalu lelaki berkenaan menerima gaji 165,398,851 Peso (RM793,144), jumlah yang terlalu besar yang diterima setiap bulan.

Perkara berkenaan dipercayai daripada kesilapan pihak pengurusan sumber manusia syarikat di tempat lelaki itu bekerja memasukkan jumlah yang salah iaitu 286 kali ganda daripada gajinya ke dalam akaun lelaki berkenaan.

Akhbar tempatan Chile, Diario Financiero melaporkan seorang pegawai di bahagian sumber manusia di syarikat berkenaan melaporkan perkara tersebut kepada pengurus besar mengenai kesilapannya memasukkan gaji bulanan seorang gaji pekerja dalam jumlah yang besar.



Malah pekerja berkenaan juga turut dihubungi dan diminta supaya memulangkan semula wang berkenaan.

Pada awalnya, pekerja lelaki berkenaan bersetuju untuk memulangkan semula jumlah yang tersalah dimasukkan ke dalam akaunnya.

Namun sehingga 2 Jun 2022 lalu, wang berkenaan belum dipulangkan semula kepada syarikatnya.

Malah pihak syarikat cuba menghubunginya lagi dan merayu supaya memulangkan semula wang yang tersalah dimasukkan ke akaunnya.

Namun alangkah terkejut apabila keesokan harinya, pekerja berkenaan menghantar notis berhenti kerja dan terus menghilangkan diri, menyebabkan syarikat tiada pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang mengenai perkara yang dilakukan.

Malah tindakannya itu dianggap perbuatan jenayah penyelewengan dan boleh dikenakan hukuman berat.

Namun pihak pengurusan masih lagi berharap kepada si pelaku kembali menyerahkan wang semula dan kes ditutup dan  dianggap selesai - KitaReporters


 

12
10
0
17
0

Copy Link: