Tabik spring! Pemuda sanggup terjun ke laut! Selamatkan seekor kucing sedang berpaut pada kapal!

Published by
KitaReporters


SEEKOR kucing kelihatan sedang terapung di tepian sebuah kapal dan meminta pertolongan untuk diselamatkan dalam sebuah video yang tular dalam media sosial.

Apa yang mengharukan apabila seorang pemuda sanggup terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan kucing tersebut yang sedang berpaut kepada satu bahagian sebuah kapal.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan si bulus kucing



Kelihatan kucing tersebut diambil dan dibawa ke tempat yang selamat oleh pemuda tersebut. Ternyata rakan pemuda ini menunggu di kapal untuk mengambil kucing yang diselamatkan.



Video yang tular ini mendapat pujian ramai netizen di atas tindakan pemuda ini yang sanggup meredah laut dan menggadaikan nyawa demi menyelamatkan seekor kucing.

Semoga Allah membalas kebaikan kedua-dua orang pemuda ini kerana menyelamatkan kucing tersebut. - KitaReporters



21
10
0
9
0

Copy Link: