Ini barulah Malaysia Madani! Ahli KRT, group FB CBT sertai gotong royong! Bersihkan rumah warga emas!

Published by
KitaReporters

Gabungan peserta dari KRT Bandar Jertih dan ahli Cakna Besut Terengganu (CBT) bergambar kenangan bersama Wong (tengah) selepas selesai kerja gotong royong


Sikap ambil cakna dan prihatin komuniti setempat tanpa mengira status bangsa dan agama yang dilakukan oleh penduduk daerah Besut, Terengganu patut dijadikan contoh dalam mengamalkan kehidupan bermasyarakat.

Sikap cakna dan prihatin itu tentunya yang mahu dibina dan dipupuk dalam gagasan Malaysia Madani.

Skuad Uniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu, dengan sokongan sukarelawan ahli kumpulan Facebook Cakna Besut Terengganu (CBT) berpakat mengadakan gotong royong di sebuah pondok usang yang menjadi tempat kediaman seorang warga emas lelaki Cina di Kampung Seberang Jertih, Besut.

Aktiviti tersebut dilakukan oleh sukarelawan terbabit selepas lelaki keturunan Cina berkenaan, Wong Yau, 80, enggang berpindah dari pondok buruk walapun usaha memujuknya dilakukan oleh orang ramai.


Sukarelawan menyertai gotong royong membersihkan semak di pondok kediaman Wong Yau.


Kisah penderitaan hidup seorang lelaki warga emas yang terpaksa tinggal sebatang kara selama lebih 30 tahun dan mendiami sebuah pondok usang, mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil memberi pertolongan dan bantuan kepada insan malang terbabit termasuk daripada sekumpulan anak muda dalam group Facebook “Cakna Besut Terengganu (CBT)”.

Warga emas keturunan Cina, Wong Yau, 80, dari Kampung Seberang Jertih, Terengganu mendapat simpati banyak pihak kerana ketabahan beliau mengharungi liku-liku hidup bersendirian di tengah-tengah komuniti Melayu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit enggang berpindah ke kediaman yang lebih selesa dan sempurna walaupun ada pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof bersedia menyediakan rumah, sebaliknya Wong Yau bertekad untuk terus tinggal di pondok burut tersebut.


Nik Hasmanita Nik Yahya


Suri rumah, Nik Hasmira Nik Yahya, 35, dari Kampung Padang Landak, Jertih yang terpanggil untuk membantu warga emas berkenaan selepas berkunjung ke pondok buruk dan uzur yang menjadi tempat kediaman Wong mengambil daya usaha mengumpul ahli group Facebook (CBT).

Kepahitan hidup Wong pernah disiarkan dalam KitaReporters pada 7 Jun 2020, dan ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas terbabit.


Kisah hidup Wong Yau

Sukarelawan membersih sampah sarap


Nik Hasmira atau lebih dikenali dengan panggilan “Erra” seorang pentadbir group Facebook CBT, menggunakan media social tersebut membuat hebahan untuk mengadakan kerja gotong royong tersebut.

“Alhamdulillah kira-kira 30 sukarelawan keluar mengadakan kerja gotong royong yang diadakan pada Jumaat 16 Jun 2023,” katanya.


 

Wong tinggal bersendirian lebih 30 tahun di sebuah pondok usang


Menerusi usaha itu, beliau juga Berjaya mengumpul dana RM2,000 hasil sumbangan daripada penularan posting menerusi Cakna Besut Terengganu (CBT) untuk kerja membaik pulih pondon berkenaan. 

Bagaimanapun, kata Erra hasrat murni beliau itu tidak kesampaian apabila lelaki terbabit enggang membaik pulih pondok kediamannya kerana mendakwa dia lebih selesa tinggal dalam keadaan asal. - KitaReporters


 


 

15
11
1
6
0

Copy Link: