MELALUI pengalaman mengandung bukanlah perjalanan yang mudah, pasti ada cabaran dan dugaan tersendiri sebelum menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga.

Perjalanan selama 9 bulan 10 hari itu ada ketika meresahkan hati si ibu dengan pelbagai ragam termasuklah mengidam sesuatu.

Bagi yang mengidam sesuatu yang mudah pasti senang mahu dicari, namun bagaimana pula yang diidam itu adalah hidangan pelik, pasti si suami yang buntu mencari bagi mencapai keinginan isteri tercinta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mengandung


Rangsum tempur atau pek sumber makanan dibekalkan kepada tentera ketika melakukan operasi atau tugasan luar. - Kredit foto: cebadblogspot.com


Terbaharu tular kisah seorang ibu muda dari Felda Sungai Tiang, Pendang di Kedah, yang mengidam untuk merasakan pek makanan askar atau dipanggil rangsum tempur.

Aduh…pelik betul citarasa wanita mengandung ni!

Maklumlah hidangan berkenaan bukan mudah untuk dicari menyebabkan wanita mengandung itu nekad berkongsi keinginan itu dalam aplikasi TikTok @warinull sehingga menjadi tular.




Maklumlah rangsum itu sukar diperoleh dan hanya dimiliki anggota tentera sahaja dan tidak dijual dalam pasaran.

Mungkin sudah menjadi rezeki wanita mengandung, dia akhirnya berjaya menikmati hidangan itu selepas dihantar oleh sepasang suami isteri dari Jitra yang melihat perkongsiannya yang menjadi tular dalam media sosial.

Menariknya, selepas keinginan tersebar dan tular dalam media sosial ramai yang cuba memenuhi keinginan wanita berkenaan.

Malah ada yang sanggup menggunakan perkhidmatan pos bagi menghantar rangsum itu kepada warinull.

Alhamdulillah... Inilah kuasa tular!




Mungkin ini juga rezeki si kecil dalam perut tu, mana tahu dah besar nanti menjadi seorang tentera yang boleh berkhidmat kepada negara.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengakui makanan askar tersebut sememangnya sedap namun sukar untuk mendapatkannya.

Semoga Warinull selamat bersalin dan dikurniakan anak yang sihat. - KitaReporters


0
2
0
1
1

Copy Link: