BERDEPAN musibah bencana alam seperti banjir sangat mendebarkan, mana tidaknya dengan sekelip mata rumah dan harta benda ditenggelami air. Pasti perasaan panik menghantui diri, mana satu yang mahu diselamatkan dulu pun tidak tahu yang pasti semua penting dan perlu diselamatkan. Kadang-kadang keputusan yang silap dibuat yang mengundang maut dibuat. : KitaReporters

ORANG ramai terpaksa menyelamatkan harta benda selepas air semakin meningkat dan merosakkan harta benda. - Kredit foto: arabnews.com


Lagi cerita-cerita berkaitan banjir:

https://kitareporters.com/search?search=banjir


Dalam apa jua keadaan dan situasi, menyelamatkan nyawa paling utama serta penting ketika berdepan musibah berkenaan.

Baru-baru menjadi tular dalam media sosial apabila sebuah kenderaan hanyut dibawa arus deras ketika berlaku banjir teruk di Yaman, yang mengorbankan 130 nyawa dan memusnahkan hamper 250 buah rumah di kawasan berkenaan.

Perkongsian menerusi akaun Twitter @24news24hour menunjukkan sebuah pacuan empat roda (4WD) berwarna putih yang dinaiki enam sekeluarga itu hanyut dibawa arus deras, ketika cuba mengharungi air.

SEORANG daripada penumpang cuba mendapatkan pertolongan selepas kenderaan yang dinaiki gagal mengawal keadaan sebelum dihanyut arus deras. - Kredit foto: Twitter @24news24hour


Keadaan yang mendebarkan itu berlaku ketika pemandu kenderaan berkenaan cuba meneruskan perjalanan dalam keadaan arus yang deras.


Menerusi video yang dikongsikan menunjukkan pemandu kenderaan tetap meneruskan walaupun melihat keadaan air semakin tinggi dan arus laju. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila dilaporkan hanya si bapa sahaja yang terselamat, manakala isteri dan tiga lagi penumpangnya lemas dibawa arus.

Allahu kesiannya!

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan sekali gus melumpuhkan bandar Aden, di Yemen menyebabkan hampir meragut nyawa 200 orang. - Kredit foto: Al Jazeera


Lebih mendebarkan kenderaan tersebut gagal dikawal dan dilihat seperti terhuyung-hayang dihanyut arus sebelum terbalik.

Difahamkan mayat seorang wanita iaitu isterinya bersama mayat tiga anak kecil berusia enam hingga 13 tahun ditemui di lokasi yang berbeza.

Sementara mayat seorang lagi anak mereka yang berusia 14 tahun masih belum ditemukan. 

PARAS air dilaporkan naik dengan sekelip mata menyebabkan orang ramai tidak sempat menyelamatkan harta benda akibat hujan lebat berterusan dalam tempoh yang singkat. - Kredit foto: BBC


Semoga apa yang berlaku itu memberi pengajaran kepada kita semua, dalam berusaha menyelamatkan harta benda, nyawa diri dan semua orang tersayang juga perlu diutamakan. 

Salam takziah kepada mangsa. Innalillahi wainnailaihi rojiun!!! - KitaReporters

 

2
2
6
0
0

Copy Link: