Terbaiklah Alumni SMK Pulau Nyior! Buat kejutan sempena Hari Pekerja 2023! Hargai warga kerja sekolah!

Published by
KitaReporters


Alumni Sekolah Menengah Pulau Nyior (SMKPN), Jitra, Nur Sakinah Samsudin dan Raidah Aqilah Rishal Azmal membuat kejutan ke pejabat sekolah itu dan menyampaikan hamper sempena Hari Pekerja 1 Mei 2023.

Mereka masing-masing yang sedang menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sastera Sejarah terpanggil untuk mengunjungi kakitangan di sekolah itu dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.


Alumni Sekolah Menengah Pulau Nyior (SMKPN), Jitra Nur Sakinah Samsudin (kiri) dan Raidah Aqilah Rishal Azmal (kanan) yang meraikan hari pekerja tahun 2023 ini.

“Kami yang kebetulan sedang bercuti pertengahan semester dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga mengambil peluang ini untuk bertemu dan mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2023,” kata Nur Sakinah ketika ditemui.

Sesungguhnya jasa guru-guru dan kakitangan sekolah ini di semua peringkat perlu dihargai.

Moga sambutan Hari Pekerja yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani ini akan menyemarakkan semangat pekerja di negara ini.


Ahmad Othman (kiri sekali) menerima penghargaan daripada Nur Sakinah.

Dalam pada itu Pengetua SMKPN Ahmad Othman ketika ditemui berkata, kejutan ini bukan sahaja memberi penuh makna kepada guru sekolah malah bangga kerana dapat melahirkan pelajar yang menghargai peranan guru dan warga sekolah tidak mengira jawatan.

“Moga lebih ramai alumni pelajar sekolah ini dapat kembali ke sekolah bukan sahaja untuk berjumpa dengan guru dan mengenang tempat mereka menimba pelajaran malah dapat membantu pihak sekolah untuk menganjurkan sebarang program bersama pelajar sekolah ini kelak,” katanya.


Kakitangan pembersihan di SMKPN turut terima penghargaan.

Dalam perancangan, Nur Sakinah juga akan menganjurkan Kelas Tutor subjek Sejarah kepada 40 pelajar tingkatan tiga sekolah ini yang  dianjurkan bersama UM dan SMKPN mulai 5 Mei 2023 hingga 22 Mei 2023 nanti.

Melalui subjek ini mereka akan diberi bimbingan dalam subjek Sejarah seterusnya akan menerima sijil penyertaan selain daripada 20 hadiah yang disediakan bagi pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang program ini nanti.


Pengawal keselamatan turut diraikan sempena Hari Pekerja.

Di majlis ringkas dan bermakna ini, Nur Sakinah dan Raidah Aqilah menyampaikan cenderamata kepada pengetua, guru, kakitangan pejabat, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sementara itu penghargaan sempena hari pekerja 2023 tahun ini turut diberikan kepada Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat, Selangor. - KitaReporters


Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat, Selangor (tiga dari kanan) turut terima penghargaan sempena Hari Pekerja 2023.
14
14
0
9
0

Copy Link: