Hassan Mohamad menunjukkan bahagian dapur yang rosak selepas dihempap oleh pokok durian.


PASANGAN warga emas terselamat daripada maut apabila sebatang pokok durian tumbang dan menghempap rumah mereka dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Tok Raja, dekat Jertih, Terengganu, pada Jumaat 23 Julai 2021 lalu. 

Mangsa, Hassan Mohamad, 88, dan isterinya Munah Awang Kechik, 73, nyaris ditimpa batang pokok durian dalam kejadian kira-kira jam 5 petang ketika kedua warga emas berkenaan sedang bersiap untuk menunaikan solat asar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pokok tumbang

Pokok durian sedang berbuah menghempap rumah didiami pasangan warga emas di Kampung Tok Raja, Jertih


Bagaimanapun, Hassan cedera pada dahi selepas terkena serpihan atap manakala Munah pula terselamat apabila bongkah konkrik simen yang ditimpa batang durian terjatuh berhampiran dengan beliau.

Menurut Hassan, ketika kejadian beliau sedang berada di tandas untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat asar, dan tiba-tiba terdengar dentuman kuat berlaku dalam rumahnya.


Hassan Mohamad


Munah Awang Kechik


“Apabila menoleh ke luar kelihatan pokok durian yang ditanam berhampiran rumahnya tumbang dan terkena di bahagian dapur,” katanya.

Ketika itu, isterinya Munah sedang menunaikan solat tetapi tidak sempat menyelesaikan solat apabila bongkah simen hampir terkena pada badannya.

Hassan berkata, kejadian itu amat mengejutkan kerana ia berlaku dalam sekelip mata tetapi bersyukur kerana terselamat dalam kejadian berkenaan.


Muhammad Pehimi Yusof ditunjukkan bongkah simen yang hampir menimpa Munah ketika sedang mengerjakan solat


“Pokok durian berusia lebih 40 tahun itu sedang berbuah dan sudah gugur sejak dua minggu lalu,” katanya.

Anggota Angkatan  Pertahanan Awam (APM) Besut yang menerima panggilan kecemasan terus bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja menyelamat dan membersih pokok yang tumbang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan Pegawai Khas  Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh turut melawat mangsa pada Sabtu 24 Julai 2021 dan menyumbangkan bantuan kecemasan. - KitaReporters


Anggota APM Besut melakukan kerja-kerja memotong pokok durian yang tumbang

 

 

7
2
9
1
2

Copy Link: