Hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook Hello Kelantan berhubung warga emas yang melintas jalan di jambatan pada jam 3 pagi


TANDA tanya tentang kelibat seorang wanita tua melintas jalan di Jambatan Binjai Manis, Ketereh, Kelantan pada jam 3 pagi yang rakaman videonya menjadi tular baru-baru ini terjawab dan disahkan 'nenek' itu manusia biasa. 

Memetik laporan Kosmo pada 14 Jun 2021, perkara itu didedahkan oleh pengendali laman Facebook Hello Kelantan yang memuat naik gambar warga emas tersebut dalam laman sosial berkenaan. 

Bagaimanapun, maklumat seperti nama, umur dan tujuan atau mengapa dia berjalan bersendirian pada waktu demikian tidak diketahui.

“Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pukul 3 pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis, Ketereh yang tular dalam media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.

“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Semoga Allah panjangkan usia dan permudahkan urusan mak cik,” ujar kapsyen hantaran tersebut.

Sebelum ini, tular video seorang wanita warga emas yang berjalan seorang diri dan melintas di atas jambatan dalam keadaan gelap dan video dengan muzik latar agak menyeramkan itu menarik perhatian netizen. 

Susulan itu, ia telah mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan netezen termasuk ada yang mengatakan kelibat wanita warga emas itu sebagai jelmaan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
3
1
2
1

Copy Link: