Video| Fobia gelang getah! Kanak-kanak menangis ketakutan! Rupanya ramai jugak netizen yang senasib!

Published by
KitaReporters


PERASAAN takut atau fobia terhadap sesuatu perkara atau benda pasti dialami ramai individu. Walaupun dianggap remeh atau mungkin terlihat lucu pada pandangan orang lain, namun fobia dialami itu berikan kesan terhadap kehidupan.

Tular dalam TikTok, video dikongsikan oleh @nor_alrayyan memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menjerit dan menangis ketakutan melihat selonggok gelang getah bersebelahan bungkusan nasi kerabu dinikmatnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kanak-kanak




Perkongsian video berkenaan bukan sekadar membuatkan netizen tertanya-tanya punca sebenar kanak-kanak berikan reaksi begitu tetapi juga ramai yang alami fobia yang sama, takut pada gelang getah.



Menerusi satu video lain, kanak-kanak berkenaan cuba memegang seurat gelang getah dan membuangnya. Walaupun riak wajah penuh ketakutan, namun dia berjaya lakukannya.

Seseorang yang punyai rasa takut, geli atau kurang selesa terhadap semua benda diperbuat daripada getah dan lateks juga dikenali sebagai astihophobia (astihofobia). - KitaReporters 



11
9
0
14
0

Copy Link: