Uncle Kentang teruja! Selepas kunjung rumah wanita warga emas di KL! Kecil tapi kemas, bersih

Published by
KitaReporters


RUMAH adalah syurga dunia kepada kita semua, selepas penat lelah di luar di rumah itu menjadi tempat kita berehat dan bermesra dengan keluarga.

Namun tidak semua berpeluang memiliki ‘syurga’ yang sempurna seperti yang didamkankan, namun bersyukurlah sekurang-kurang kita ada memiliki kediaman sendiri kerana ramai lagi di luar sana terpaksa menumpang untuk berteduh pada kala menunggu matahari terbit.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan rumah:

https://kitareporters.com/tag/rumah



Kisah sama turut dikongsi oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang dalam laman Facebooknya mengenai pertemuan dengan wanita warga emas berbangsa Cina menetap di pondok kecil di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur

Namun menariknya Uncle Kentang berkongsi, pertemuan kali itu sangat luar biasa dan menenangkan hatinya apabila melihat kehidupan wanita berkenaan di rumahnya yang sangat bersih dan dijaga dengan rapi walaupun terlalu sempit.

Kongsi Uncle Kentang lagi, wanita itu tidur di sebuah pondok seluas 10’ x 10’ namun menariknya persekitaran dikeliling oleh sayur-sayuran yang dijaga rapi.


KECIL namun menenangkan si pemilik untuk menumpang teduh tika menanti matahari muncul. - Kredit Foto Facebook Chee Kuan Heng.


Tiada tilam dan hanya tidur di lantai sejak 11 tahun yang lalu dan dia hanya bergantung kepada hasil jualan sayur-sayuran yang ditanam,” ujarnya sambil berkongsi beberapa keeping gambar di persekitaran wanita warga emas berkenaan.

Malah kongsinya lagi, ruang dapurnya hanya beberapa inci daripada tempat tidur.

Menyedari kesukaran itu, Uncle kentang berjanji akan membantu dengan menghantar bantuan setiap bulan kepada wanita berkenaan.



UNCLE Kentang melihat sayur-sayuran yang ditanam oleh warga emas berkenaan sebagai sumber pendapatan.


Malah Uncle Kentang turut menyeru kepada orang ramai menyumbang supaya dapat digunakan untuk meringan beban wanita warga emas berkenaan.

"Terima kasih Tuhan kerana bertemu dengannya. Ini adalah pengalaman yang menggembirakan kerana pondok itu terletak di tengah-tengah KL. Dia seronok dapat tengok bulan dan bintang setiap malam," katanya.

Malah beberapa hari kemudian Uncle Kentang sekali lagi mengunjungi wanita berkenaan bersama beberapa bungkusan makanan sebagai persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.


PERTEMUAN kali kedua... Uncle Kentang membawa bungkusan makanan sebagai persiapan menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.


Susulan daripada perkongsian berkenaan, rata-rata netizen memuji sikap wanita warga emas yang hidup dalam keadan bersih walaupun dalam serba kekurangan.

Malah ada yang meminta lokasi wanita berkenaan untuk menyumbang sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Inilah rakyat Malaysia sentiasa ringan tangan untuk membantu!

Ada juga netizen yang memberi cadangan supaya Uncle Kentang membuat kutipan derma bagi membesarkan ruang kediaman wanita berkenaan.

Seronok tengok rumah wanita walaupun kecil tapi tetap menenangkan... Inilah dikatakan syurga dunia. - KitaReporters



MESRA...Perbualan hati ke hati antara Uncle Kentang bersama wanita warga emas berbangsa Cina di dalam kediaman berkenaan.

9
0
0
0
0

Copy Link: