DI SEBALIK kelembutan seorang wanita, ramai dalam kalangan golongan ini juga sebenarnya suka melakukan kerja-kerja lasak termasuk menceburkan diri dalam kerjaya yang biasanya dimonopoli oleh lelaki. 

Perkara itu dibuktikan seorang wanita dari Butterworth, Pulau Pinang iaitu Zaiton Saad, 53, yang bukan sahaja bergelar kontraktor G6 menjual dan mengeksport pasir namun turut meneroka bidang keusahawanan termasuk dengan menyertai sektor perlombongan bijih besi


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wanita


Zai Zaiton, usahawan wanita berjaya yang turut jalankan urusan penjualan pasir.


Segalanya bermula pada tahun 1997 selepas Zaiton, yang lebih dikenali dengan nama Zai Zaiton, mengambil keputusan berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan selepas enam tahun menabur budi sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan secara serius. 

Bermula dengan modal RM70,000 hasil simpanan, wanita berjiwa kental ini memberanikan diri melangkah dalam bidang berkaitan kerja-kerja kontraktor dan pada 2007, Zai babitkan diri sebagai kontraktor G6 dengan jalankan urusan penjualan pasir.

Tanpa memikirkan panas terik matahari atau hujan, Zai sentiasa turun ke lapangan melihat pekerjanya melakukan kerja-kerja di sungai untuk mengali pasir.

Meskipun begitu, Zai yang berdarah kacukan Benggali dan Jawa ini tidak pernah menyesal memilih untuk meninggalkan jawatan sebagai kakitangan kerajaan demi untuk menggapai impian bergelar seorang usahawan.


Zai bersama rakan niaga menunjukkan peta kawasan perusahaan lombong bijih besi di Kedah


Bijih besi yang dikeluarkan oleh syarikat milik Zai Zaiton


Tidak mahu menoleh ke belakang, Zai kemudiannya meneruskan langkahannya dengan melibatkan diri dalam bidang berkaitan perlombongan bijih besi di Kedah pada tahun 2009 dan terus bertahan sehingga kini.  

Anak bongsu daripada 10 beradik ini juga turut membabitkan diri dalam bidang pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020.

“Ketika ini Zai lebih fokus kepada usaha mencari gali bijih besi kerana ia amat berpotensi dan  mencabar. Pasir dan bijih besi yang diusahakan oleh kini eksport ke China," katanya. 

Mengenai produk kesihatan, Zai berkata perniagaan tersebut dijalankan menerusi jualan dalam talian dan sehingga ini ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. 


Ketulan bijih besi syarikat milik Zai dieksport ke negara China


Produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan syarikat milik Zai Zaiton.

16
17
1
14
2

Copy Link: