Video| Ketua kampung diberkas berkhalwat dengan wanita bersuami! Sorok di atas siling bilik air

Published by
KitaReporters

Penduduk kampung menyerbu sebuah rumah dan memberkas ketua kampung di dalam rumah seorang wanita bersuami. - Kredit foto: Tribune News.


SEORANG ketua kampung (kades) ditangkap sekumpulan penduduk seramai 25 orang setelah didapati menyelinap masuk ke rumah seorang pekerja di pejabatnya pada waktu malam dalam bulan Ramadan. Mengelak ditangkap basah, ketua kampung itu bersembunyi di atas siling bilik mandi.

Peristiwa ini terjadi di Pucanglaban, Tulungagung, Jawa Timur, pada Rabu, 14 April 2021 kira-kira jam 11 malam.

Ketua kampung itu dikenali sebagai MDK sementara wanita bersuami itu dikenali sebagai PTY yang tinggal bersama tiga anak. Suami PTY bekerja di Malaysia.


Ketua kampung yang berkain pelikat ditangkap selepas diserbu oleh orang kampung dengan motosikalnya dibawa ke balai polis. - Kredit foto: Tribune news.

Sekumpulan penduduk kampung yang melihat motosikal ketua kampung ada di luar rumah pekerja itu lalu menerjah rumah PTY. Namun wanita itu menafi ada orang masuk, menurut laporan Tribune.com

Kumpulan itu tetap menyerbu masuk ke rumah, tetapi tidak menjumpai orang lain. Namun segala-galanya terbongkar apabila  terdengar bunyi di atas siling bilik air. Apabila dilihat, terdapat tubuh ketua kampung dalam ketakutan.

Lalu polis dipanggil yang membawa ketua kampung bersama motosikalnya. Penduduk kampung beramai-ramai menghantar ketua kampung dan pasangannya ke balai polis Pucanglaban, Tulungagung.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pucanglaban, Iptu Ipung Haryanto.

Menurut Iptu, kes tidak boleh diketengah jika tidak mendapat laporan daripada pasangan tertuduh. Tambahnya, isteri ketua kampung itu itu enggan membuat laporan. 

Sementara itu, polis berjaya menghubungi suami PTY di Malaysia, namun berkata dia perlu berbincang dengan keluarga sebelum membuat laporan dan masalahnya dia berada di Malaysia.

Dalam pada itu, pihak Camat (ketua kabupaten/daerah) sudah menerima laporan itu dan kemudian menyerahkan laporan berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan.

Ketua kampung itu akan digantung kerja dan mungkin bakal dipecat serta didakwa. - KitaReporters

Motosikal ketua kampung turut dibawa ke balai polis sebagai bahan bukti. - Kredit foto: Tribune News

0
5
1
4
1

Copy Link: