Video| Sejuk hati emak ayah! Pelajar gigih mengaji di perhentian bas! Ketika tunggu diambil pulang!

Published by
KitaReporters


GELAGAT seorang budak pelajar perempuan sekolah yang sedang mengaji di perhentian bas sementara menunggu untuk diambil pulang dari sekolah meraih perhatian orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @abxyen_, kelihatan seorang budak perempuan membaca al-Quran di perhentian bas itu yang membuatkan si perakam kagum melihatnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan mengaji al-Quran


Ingatkan baca apa tadi rupanya al-Quran. Sejuk hati mak ayah awak dik,” ujarnya.

Rata-rata pengguna media sosial turut memberi kata-kata pujian kepada adik itu yang memberi inspirasi dan teladan kepada orang ramai.



“Ketika dunia hanya letak di tangan namun akhirat di hati,” kata @user530764.

“Alhamdulillah sejuk mata memandang,” jelas @princezoey94.

“Terbaik, abang pun tak sehebat kamu dik,” tulis @PemburuBayang. -  KitaReporters


10
8
0
18
0

Copy Link: