Menunggu waktu berbuka


Ramadan bulan mulia untuk mengutip pahala sebanyak mungkin termasuk menyantuni mereka yang memerlukan. 

Menyedari peranan terhadap masyarakat seramai 15 ahli Kelab SAHOCA 92 telah meluangkan masa untuk menyantuni para pelajar Maahad Darul Furqan, Kubur Panjang di Pendang, Kedah pada 24 Mac 2024.
Seramai 170 pelajar, 140 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan telah diraikan pada satu majlis berbuka puasa serta sumbangan duit raya sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. 
“Kami terpanggil menyantuni para pelajar Maahad Darul Furqan ini kerana mahu mereka turut merasa nikmat berbuka puasa seperti di rumah dengan keluarga," kata Ketua Penganjur Majlis ini, Fadzlisham Md. Fadzil. 

Bergambar kenangan selepas selesai majlis


Menurut Fadzlisham, majlis ini adalah antara pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dirangka oleh kelab ini sepanjang 2024.

“Selain aktiviti jalanan dengan ride sambil berbuat amal kami juga memberi perhatian kepada aktiviti kerohanian terutama bersama para pelajar pada bulan mulia ini,” ujarnya lagi. 
Beliau berkata, majlis ini adalah antara pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dirangka oleh Kelab ini sepanjang 2024.
Seorang lagi ahli Kelab SAHOCA 92 yang aktif, Zulkiflee Shamsuddin memaklumkan bahawa hampir kesemua ahli yang terlibat dalam program ini  terdiri dari ahli Kelab Permotoran SAHOCA Bikers Legends malah beberapa ahli juga hadir dengan menaiki motosikal masing-masing ke majlis tersebut.
“Selain aktiviti jalanan dengan ride sambil berbuat amal kami juga memberi perhatian kepada aktiviti kerohanian terutama bersama para pelajar pada bulan mulia ini,” ujar Zulkiflee lagi. 
Dalam hubungan ini katanya, ahli ahli kelab teringat akan zaman persekolahan yang meninggalkan banyak kenangan kepada mereka. 
“Jadi pada kesempatan yang ada kami sebagai bekas pelajar di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Kedah merasa bertanggungjawab menyantuni anak-anak di Maahad ini bagi memenuhi tanggung jawab sosial terhadap masyarakat," tambahnya. 


Sumbangan juga diberikan kepada Maahad Darul Furqan oleh Kelab SAHOCA 92 kepada wakil Maahad, Mustakim (dua dari kiri) oleh Cikgu Shafferi Rejab (dua dari kanan).



Pada majlis berkenaan para pelajar telah diraikan dengan majlis berbuka puasa, solat jemaah maghrib dan isyak serta solat tarawih. 
Kata Zulkiflee, kesemua pelajar teruja dengan kehadiran kelab SAHOCA 92 dan pihaknya berharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan. 
Selain berbuka puasa dan solat tarawih para pelajar itu juga turut beramah mesra dengan ahli-ahli kelab yang bertanya khabar tentang pengajian dan pengalaman. mereka di situ. 
Antara ahli-ahli lain yang turut serta hadir adalah Romzi Bakar, Hasnul, Muhaizal, Nizam serta undangan khas iaitu bekas guru mereka Cikgu Shafferi Rejab.
Majlis ditamatkan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada para pelajar serta sumbangan wang tunai kepada pihak Maahad. 
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengetua Maahad Darul Furqan, Ustaz Fadhlan Jaffar. - KitaReporters

Romzi Bakar (kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar Maahad.


Ahli Kelab SAHOCA 92 dan SAHOCA LEGENDS BIKERS bersama AJK Maahad 

19
27
0
22
0

Copy Link: