Video| Keluarga Malaysia! Pelajar Cina susun, bukakan tali kasut kawan! Masa mereka solat di surau!

Published by
KitaReporters


PERKONGSIAN seorang guru mengenai seorang pelajar istimewa berbangsa Cina menyusun semua kasut yang berselerak di sebuah rak yang disediakan di sebuah surau sekolah telah menjadi tular sehingga meraih lebih tiga juta tontonan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @arasyi_zubaidillah, kelihatan pelajar itu juga turut menolong membuka tali kasit rakan-rakannya bagi memudahkan pergerakan untuk menuju ke surau menunaikan solat menunjukkan keperibadian yang baik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspirasi Keluarga Malaysia


“Budak istimewa ini membuat saya tersenyum,” katanya dalam laman aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai terharu dengan kebaikan pelajar itu serta mengharapkan sikap menolong beliau menjadi ikutan pelajar lain.



“Budak cina ini istimewa. Allah ciptakan hati dia dengan penih kasih sayang,” ujar @Fiz.

“Contoh terbaik kepada pelajar lain tidak kira mereka siapa, apa agama mereka. Disiplin tersemat dalam hati mereka. Terbaik adik,” tulis @harlinapakhamid.

“Melihat situasi sebegini buat saya menangis teresak-esak,” jelas @NurulBukanNamaSebenar. -  KitaReporters



11
10
0
12
0

Copy Link: