Nak plat kereta MAF14? Nombor pendaftaran kereta milik Azhar Sulaiman untuk dibida! Bermula RM1.85j!

Published by
KitaReporters

Foto kredit IG Azhar Sulaiman 


Pelakon otai Azhar Sulaiman mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya dengan nilai bidaan bermula dari RM1.85 juta. 

Jika difikirkan memang mahal tapi bila melihat kembali nombor plat kenderaan tersebut MAF14, sudah cukup signifikan untuk kita mengetahui kenapa ia bermula dari harga tersebut. 

"Anda betul-betul Mafia di Malaysia? Hubungi saya jika berani," katanya platform media sosial Instagram miliknya. 



Azhar bukan sekadar bercakap kosong sebaliknya benar-benar ingin menjual nombor plat tersebut apabila dirinya siap meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. 

Bagi membuktikan itu kenderaan milik beliau, pelakon yang aktif dalam media sosial ini berkongsi Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebagai bukti itu adalah kenderaannya. 

Nissan Murano berwarna hitam dengan nombor pendaftaran MAF14 cukup garang bila berada di atas jalan raya. 

Untuk anda yang ingin memiliki nombor tersebut boleh cuba hubungi nombor yang ditinggalkan itu. Mana tahu ia bakal menjadi milik anda. 

Tarikh tutup bidaan tepat jam 12.00 tengah malam pada 24 Ogos 2023. - KitaReporters


16
9
0
10
0

Copy Link: