BINTANG orang kelainan upaya (OKU), Mohamad Najmi Daud, 31, dari Kuala Besut,Terengganu, terus bersinar apabila semakin banyak pihak yang bersimpati dan berminat menyampaikan penghargaan selepas kejayaan beliau menemukan mayat seorang buruh yang mati lemas di sungai berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut pada 9 Oktober 2020 lalu. : KitaReporters


Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Besut Mohamad Jusoh (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Hero Kuala Besut, Awie (tengah).


Lagi cerita-cerita berkaitan Najmi Daud:

https://kitareporters.com/search?search=najmi+daud


Mohd Najmi yang mendapat jolokkan “Hero Kuala Besut” susulan kejayaannya membantu pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa lemas terbabit tidak putus-putus mendapat penghargaan terutama dari agensi penyelamat. 

Dia yang berkemahiran dalam bidang menyelam walaupun sifatnya tidak seperti manusia biasa, tetapi dia mampu melakukan kerja mencabar terutama menyelam di dasar sungai dan laut.

Selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Besut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, menyampaikan surat penghargaan dan sedikit imbuhan kewangan kepada beliau, terbaharu Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja, Besut pula turut berbuat demikian.

Mohd Najmi atau lebih dikenali penduduk tempatan dengan panggilan “Awie” diberi penghargaan oleh JPBM kerana menghargai sumbangan beliau membantu pasukan itu dalam usaha menyelamat mangsa lemas.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut Mohamad Jusoh


Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Besut, Mohamad Jusoh berkata, pihaknya sudah melantik Awie sebagai anggota bomba sukarela untuk membantu kerja-kerja berkaitan menyelamat mangsa lemas di daerah Besut.

Katanya, selepas dilantik sebagai anggota sukarela jabatan, beliau layak menerima insuran dan latihan menyelamat mangsa di air secara profesional.

Majlis penyerahan surat lantikan dan sumbangan kewangan kepada Awie diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Kamung Raja, pada Rabu14 Oktober 2020 lalu.

Mohamad berkata, pihak bomba akan melakukan pemantauan ketika Awie ditugaskan melakukan kerja penyelaman mencari mangsa lemas. Beliau berkata, jika berlaku kes mati lemas di sekitar daerah Besut jika perlu pihak bomba akan memanggil Awie untuk membantu anggota menjalankan tugas berkaitan.

“Kita juga ada perancangan untuk mencalonkan nama Awie kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu untuk memberi surat penghargaan kepada beliau,” katanya. - KitaReporters


Pengerusi Bomba Sukarela Pulau Perhentian Mohd Affandi Mat (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan wang pasukan kepada Awie

201
16
9
10
7

Copy Link: