Juniza Ellyna Teo Sea Huang (kiri) dan Rozainizam Azizian memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam SPM2020


DUA pelajar komuniti Orang Asli dari Pahang melakar kejayaan cemerlang  setelah memperoleh 9A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 diumumkan pada 10 Jun 2021.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menerusi satu kenyataan pada 12 Jun 2021.

Menurut beliau, dua pelajar cemerlang tersebut ialah Rozainizam Azizian dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muadzam Shah serta Juniza Ellyana Teo Sea Huang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin.

“Selain kejayaan dua pelajar ini, terdapat juga seramai 93 pelajar Orang Asli lain catat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2020.

“Lapan orang memperoleh keputusan 8A dan 10 orang dapat 7A. Selain itu, lapan orang juga mendapat keputusan 6A, 31 orang (5A) serta 34 orang lagi mendapat keputusan 4A,” katanya.

Tambah beliau, keputusan diperoleh itu membanggakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan masyarakat Orang Asli melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Ujarnya lagi, KPLB  menyediakan peruntukan bantuan pendidikan pelajar Orang Asli  melalui bantuan wang saku, pengangkutan, peralatan sekolah, pakaian sekolah serta bantuan lain. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
1
0
0
0

Copy Link: