Pengurus YaPEIM Johor, Mohd. Nabil Fikri Mustakim (berdiri) memberi taklimat sebelum menyerahkan sumbangan.


SELEPAS diuji musibah banjir yang melanda kampung mereka pada awal Februari 2023 ini, ketua isi rumah di Kampung Tenang, Labis, Johor boleh menarik nafas lega kerana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Johor bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada mangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tenang, Ismail Abu Bakar berkata, seramai 143 ketua isi rumah terpilih menerima sumbangan tersebut yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,300 di Dewan Kampung Tenang pada 15 Februari 2023.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan agensi pembangunan YaPEIM

Habibah Bidon menerima sumbangan berupa wang tunai yang disampaikan oleh Pengurus YaPEIM Johor, Mohd. Nabil Fikri Mustakim ( kiri ) sambil diperhatikan oleh Pengerusi JPKK Kampung Tenang, Ismail Abu Bakar ( kanan) di Dewan Kampung Tenang Labis, Johor.


"Saya mewakili semua penerima berterima kasih kepada pihak YaPEIM yang sudi menghulurkan sumbangan kepada mangsa dan sedikit sebanyak sumbangan ini mampu meringankan beban mereka terutama ketika terdapat keperluan mengantikan kelengkapan rumah yang rosak ketika kejadian tersebut.

"Saya difahamkan sumbangan yang dihulurkan ini adalah hasil  infak orang ramai termasuk penjawat awam yang membuat potongan gaji kepada YaEIM di seluruh negara yang dikembalikan semula kepada golongan yang memerlukan seperti mereka yang ditimpa musibah," katanya ditemui ketika majlis penyampaian sumbangan tersebut.


Habibah Bidon


Seorang penerima, Habibah Bidon, 84, menzahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai salah seorang penerima sumbangn tersebut dan akan menggunakan untuk perbelanjaan keperluan harian.

Menurutnya, bukan jumlah sumbangan yang dijadikan ukuran, sebaliknya kesudian untuk menghulurkan sumbangan lebih bermakna dan membuktikan bahawa golongan yang ditimpa musibah tidak pernah disisihkan oleh mana-mana pihak.


Siti Zaharah Mohd. Noh


Sementara itu Siti zaharah Mohd. Noh, 36, turut mengakui sumbangan yang diterima mampu meringankan beban terutama ketika menyediakan perbelanjaan persiapan persekolahan tiga orang anaknya bagi menghadapi sesi persekolahan baharu nanti.

Katanya, kebanyakan mangsa banjir di kampung Tenang merupakan pekebun kecil dan petani yang terjejas mata pencarian mereka sepanjang tempoh berlakunya bencana banjir lalu dan sumbangan yang diterima sebenarnya mampu membantu meringankan beban mereka.

"Terus terang saya katakan saya terpaksa merancang semula perbelanjaan untuk persiapan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan baharu, kedatangan bulan Ramadan serta sambutan hari raya selepas itu dalam tempoh yang agak singkat disebabkan ekonomi yang terjejas akibat banjir.

"Namun saya bersyukur kejadian banjir pada kali ini tidak terlalu teruk dan air naik pun tidak memdadak seperti kejadian banjir tahun 2011. Kami sempat menyelamatkan peralatan rumah daripada ditengelami dan musnah sekali gus jumlah kerugian yang dialami juga dapat dikurangkan," katanya. - KitaReporters


Mohamad Aziz ( dua dari kiri ) antara mangsa banjir yang menerima sumbangan berupa wang tunai daripada YaPEIM Johor.

Salah seorang mangsa banjir di Kampung Tenang, Labis, Johor yang terpilih menerima sumbangan daripada YaPEIM Johor.

9
13
0
15
0

Copy Link: