Madhubala seperti digambarkan oleh jurufoto majalah Life, James Burke pada 1951. 


Kredit foto: The Indian Observer


MACAM epik Laila Majnun saja kisah cinta Madhubala-Dilip Kumar

"Saya akan terus mencintainya sehingga ke mati. Sembilan tahun bersama Madhubala, dia wanita yang penuh bertenaga, bersemangat dan mengubah saya daripada seorang lelaki pendiam dan pemalu," demikian kata Dilip Kumar dalam buku kisah hidupnya.

Mereka bertemu dan berpisah ketika beraksi di pentas layar filem

Mengambil kesempatan `bercinta` ketika beraksi dengan memaparkan hangatnya babak romantis, adegan menari dan menyanyi serta ucapan rindu dan cinta. Kerana di sebalik tabir hidup, cinta Laila-Majnun ini berkecai di saat-saat perjuangan mereka sudah hampir ke pentas pelamin.


Lagi cerita-cerita berkaitan Bollywood

Kredit foto: Famous People


Pertama kali jatuh cinta dalam filem kisah seorang doktor dan gadis kampung. - Kredit gambar Imdb.com


Menyulam cinta bermula pada pertemuan pertama membintangi filem Tarana pada 1951, kisah seorang gadis kampung yang jatuh cinta dengan seorang doktor pelawat. Kemudian bersama-sama mencipta nama dalam filem Sangdil, Amar dan Mughal-e-Azam. Sembilan tahun yang sangat mengasyikkan.

Madhubala sama taraf dengan ikon Hollywood macam Marilyn Monroe, Judy Garland, Carol Lombard malah sebaris namanya dengan Meena Kumari di Bollywood.  Wanita panggung yang masih muda meninggal dunia sebelum dunia bersedia untuk melepaskan jiwa itu pergi.

"Saya terpikat dengan Madhubala bukan saja sebagai pasangan di dalam filem tetapi juga ciri-ciri wanita yang sempurna idaman saya ketika itu. Bertenaga dan bersemangat yang mengubah perangai saya. Memiliki  jiwa yang bebas, menceriakan hidup dan dan daya penarik semula jadi," kata Dilip dalam  buku autobiografi, Dilip Kumar: The Substance And The Shadow.


Pelbagai wajah Dilip Kumar.


Pelbagai wajah Madhubala. - Kredit foto: IWM Buzz



Wajah Madhubala kombinasi gadis suci dan nakal. Susah untuk menjangkakan bila wajah itu boleh berubah-ubah, kata  Sushila Kumari yang menulis buku tentang liku-liku sedih perjalanan Madhubala-Dard Ka Safar.  

Madhulubala dilahirkan sebagai Mumtaz Jehan Dehlavi pada 14 Februari 1933 di Delhi, Dia adalah aktres utama tahun 50-an hingga 60-an  Boleh berbahasa Pashto, Pakistan dan berlakon lebih 60 filem mencatatkan kutipan pecah panggung. 

Madhubala sangat mencinta Dilip tetapi bapanya tidak suka dengan hubungan mereka dan akur dengan permintaan ayahnya agar tidak menjalin cinta di lokasi.  

Adik Madhubala, Madhur Brij Bhushan dipetik daripada laporan India Today pada 2018 mengemukakan niat menerbitkan filem kisah kakaknya termasuk percintaan.  Filem itu sepatutnya dibuat pada 2019.

Dilip meninggal dunia pada 7 Julai 2021 dalam usia 98 tahun. Dan jika Madhubala panjang umur, tahun ini usianya menjangkau 88 tahun.


Dia wanita yang menghidupkan jiwa saya. - Dilip Kumar


"Dia bertemu Bhaijan (Dilip Kumar) dalam set lakonan Tarana. Kemudian bersama-sama mencipta nama dalam filem Sangdil, Amar dan Mughal-e-Azam," kata Madhur.

Wionnews.com pula  melaporkan di sebalik kejelitaan dan bakat lakonan luar biasa, episod hidup Madhubala sangat menyedihkan bila ayahnya hilang pekerjaan di syarikat tembakau Peshawar, Pakistan dan berpindah ke Bombay.

Ayahnya membawa Madhubala ke studio filem dan pada usia 9 tahun, dia ditawarkan berlakon filem Basant pada tahun 1942. Tujuh tahun kemudian, namanya popular bila dia berlakon dalam filem Mahal.

Bila bertemu Dilip mereka mula `membenihkan cinta` dalam filem pertama `Tarana`. Apabila dipadankan sekali lagi dalam `Sangdil` kedua-duanya`sahih` menjadi kekasih.

Malah ada dakwaan mereka sudah `berkahwin` kerana sentiasa `melekat` seolah-olah pasangan tengah mabuk asmara dan  tidak boleh berenggang ketika menghadiri majlis keraian.

Madhubala dianggap aktres terbaik sepanjang zaman bukan saja memiliki wajah jelita, pandai bergaya, malah bakat lakonan terserlah kerana mimik wajah menjiwai watak keistimewaan yang sukar ditemui ketika itu.



Aura pengaruhnya bertebaran di seluruh dunia sehingga ada yang mengeluarkan minyak rambut yang menjadi kegilaan remaja di negara ini diberi nama Madubala. 

Sehingga sekarang minyak itu masih boleh dibeli secara dalam talian dalam Lazada kerana pada zaman kemuncak filem Hindustan yang menguasai sinema tempatan, anak-anak gadis percaya minyak itu melebatkan rambut dan menjadikan rambut secantik mahkota milik pelakon Bollywood itu.


Madubala minyak rambut kegilaan anak-anak gadis.


Detik yang memisahkan cinta mereka berlaku dalam pembikinan filem  ‘Naya Daur’ bila penerbit BR Chopra tiba-tiba menggantikan Madhubala dengan pelakon lain,  Vyajanthimala. Kerana bapa aktres itu, Ataullah Khan melarangnya menjalani penggambaran yang sepatutnya berlangsung  40 hari di luar Mumbai. 

Disebabkan Chopra sudah membayar deposit dan gagal dikembalikan, penerbit filem itu mengemukakan saman. Malang menimpa cinta mereka apabila Dilip pula menyebelahi penerbit itu ketika kes itu dibicarakan di mahkamah.

Dilip dan Madhubala putus kasih pada 1956. Bagaimanapun ketika menjayakan filem klasik yang pecah panggung, Mughal-e-Azam pada 1959, mereka terpaksa menahan rasa sebak dan melupakan duka lara  ketika melakukan adegan romantis kerana masing-masing terpalit `dikhianati` oleh konflik mahkamah itu. Di luar lokasi mereka tidak bertentang mata.

Kecewa dan patah hati itulah Madhubala berkahwin dengan penyanyi Kishore Kumar yang bertukar nama kepada Karim Abdul. Leena Chandavarkar  (isteri keempat Kishore) memberitahu media, sebaik tahu Dilip tidak akan berkahwin dengannya, Madhubala menerima lamaran penyanyi itu walaupun  tidak mengenal lelaki itu secara mendalam.

Ketika itu, Madhubala sudah pun dikesan menghidap jantung berlubang. Pernikahan ini lebih kepada membalas dendam dan sebagai bukti, Madhubala boleh pilih siapa saja calon yang dia mahu sebagai suamai. 

Dan Kishore Kumar melamarnya ketika Madhubala mahu berangkat ke London untuk rawatan. Manakala Dilip pula memilih untuk berkahwin dengan pelakon baru yang muda dan tengah popular, Saira Banu.



Kishore  (gambar) dan Madhubala ke London dan diberitahu oleh doktor, Madhubala ada dua tahun saja lagi untuk hidup dan penyanyi itu terus `memulangkan` isterinya kepada keluarganya dengan alasan dia tidak mampu menjaganya kerana kerap mengadakan pertunjukan luar daerah. Mereka berjumpa sekali dalam dua bulan.

Alasan Kishore, tindakan itu untuk merengangkan hubungan sebagai persediaan untuk tidak melalui saat duka lara yang teruk jika kematian tiba. Mereka akhirnya kekal berkahwin sembilan tahun dan Madhubala lumpuh dan terbaring di katilnya sepanjang tempoh perkahwinannya.

Penyakit  Madhubala sebenarnya dikesan ketika berlakon pada 1954 dan menjelang 1960, kesihatan semakin teruk menyebabkan Madhubala batuk berpanjangan dan muntah darah. Dan setiap empat, lima jam sekali dia perlu bantuan oksigen kerana sukar bernafas.

Ada usaha untuk membawa kembali Madhubala ke industri filem itu iaitu pada tahun kematian iaitu tahun 1969. Dia sepatutnya membintangi filem Farz aur Ishq. Madhubala meninggal dunia pada 23 Februari 1969 selepas sambutan hari lahir ke 36 tahun.

Dan kini kedua-dua itu sudah kembali ke rahmatullah yang turut mengakhiri duka cinta pasangan legenda yang mencinta popularti di Bollywood lebih 50 tahun lalu. - KitaReporters


18
16
1
9
1

Copy Link: