Demi sara kehidupan diri, anak perempuan! Wanita jadi lelaki bernama Abu Daooh selama 43 tahun!

Published by
KitaReporters

Abu Daooh memperlihatkan sebahagian peralatan untuk membaiki dan menggilapkan kasut. - Kredit foto: Eva.vn

SEORANG wanita di Mesir hidup dengan menyamar sebagai lelaki selama 43 tahun. Kenapa dia menyamar bagi tempoh yang lama? Apa sebabnya?

Menurut laporan Eva.vn, wanita tersebut dikenali sebagai Abu Daooh yang kini berusia 65 tahun, dan tinggal di bandar Luxor, Mesir.

Kisahnya tular dan kerajaan Mesir kini memberi perhatian kepadanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mesir 


Dengan berpakaian begini sukar menggangap Abu Daooh seorang wanita. - Kredit foto: Eva/vn


Kisahnya bermula ketika Daooh berusia 21 tahun, dia mengandung anak perempuan pertamanya.

Ketika anaknya berusia 6 bulan, suaminya meninggal secara mengejut. Dengan itu demikian Daooh perlu menyarai anaknya.

Ia suatu beban baginya. Kerana masih muda, ramai menasihat  Daooh berkahwin lagi bagi menjaga anaknya, namun Daooh enggan berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Selain itu, Daooh menghadapi tekanan sosial, dalam komuniti konservatif, di mana perempuan sangat terdedah hidup dalam bahaya, dan risiko penderaan seks.

Namun dia tetap perlu memberi makan untuk anaknya dan dia perlu bekerja. Tetapi kerana dia adalah seorang wanita yang dianggap lemah, adalah sulit baginya mencari pekerjaan.


Daooh terus mencari rezeki di kedai membaiki dan menampal kasutnya. - Kredit foto: Eva.vn


Daooh berpakaian seperti wanita, perkara yang jarang dilakunya. - Kredit foto: Eva.vn

Akhirnya Daooh memutuskan menyamar sebagai lelaki. Daooh mengunting rambutnya, dan berpakaian seperti lelaki dan mula mencari pekerjaan.

Menurut Daooh ketika berusia dalam 20-an dia punya tenaga seperti 10 lelaki. Ini membolehkannya mempunyai kekuatan bekerja di kuari memecah batu dengan menyamar sebagai lelaki. 

Dengan pekerjaan itu dia mampu menyara kehidupan anaknya.

Apabila keluarganya tahu dia menyamar sebagai lelaki untuk mendapatkan pekerjaan, dia dimarah. Namun Daooh terus melakukan pekerjaan kasar lelaki untuk meneruskan kehidupan.

Dia kemudian bekeja di sektor pembinaan dan melakukan pekerjaan berat seperti mencampur dan mengangkat simen dan semakin berusia dia diberi pekerjaan lebih ringan.

Kemudian Daooh melakukan pekerjaan lebih ringan iaitu menjadi penggilap kasut.


Daooh menerima penghargaan daripada kerajaan Mesir. - Kredit foto: AFP/Getty Images.

"Sukar bagi seorang wanita untuk melepaskan kewanitaannya, tetapi saya melakukan apapun untuk anak perempuan saya. itulah satu-satunya cara untuk menghasilkan wang," katanya.

Semakin tua, Daooh ingin ‘membuka’ penyamarannya sebagai lelaki setelah anak perempuannya berkahwin.

Ironisnya, tidak lama selepas berkahwin, menantunya jatuh sakit dan tidak mampu bekerja. Jadi Daooh terpaksa terus bekerja dan terus menyamar sebagai lelaki.

Pada tahun 2015, kisah Abu Daooh mulai dikenal masyarakat dan kerajaan turut memberi penghargaan kepadanya.

Daooh diberi sijil penghargaan sebagai ibu paling berbakti dan kedai untuk menjalankan peniagaan membaiki dan mengilat kasut.

Namun masih tidak dapat menghilangkan identiti penyamarannya dan masih suka berpakaian lelaki. Malah masih ramai yang berkunjung ke kedainya menyangka yang sedang membaiki kasut adalah seorang lelaki. - KitaReporters

8
1
0
1
2

Copy Link: