Kredit foto: Warta Kedah


SEBAGAI sebuah negeri yang begitu sinonim dengan jelapang padi, kerajaan negeri Kedah menerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengagihkan bantuan 24,000 kampit beras (5kg) bernilai RM300,000 kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan

Misi Bantuan Banjir LZNK itu turut disertai konvoi dari syarikat Mudim Zakaria Industries Sdn Bhd yang akan memberi sumbangan sebanyak 2,400 botol kicap Mudim kepada mangsa banjir di dua negeri terbabit, yang terjadi pada 28 Disember 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lembaga-lembaga zakat negeri

ZAKARIA Othman (tiga dari kanan) dan Tengku Sarafudin Badlishah (empat dari kanan) pada Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Banjir LZNK di Stadium Darul Amam, Alor Setar, Kedah pada 27 Disember 2022. - Kredit fot : LZNK


Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman berkata, daripada jumlah 24,000 kampit beras itu, ia akan diagihkan 12,000 kampit kepada mangsa banjir di Kelantan yang akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan barangan itu akan diletakkan di sebuah masjid di Rantau Panjang.

Beliau berkata, 12,000 kampit lagi akan disalurkan mangsa banjir di Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.


ZAKARIA Othman (dua dari kiri) sedang berucap di majlis tersebut. - Kredit foto: Warta Kedah


``Bantuan ini sebagai meringan beban mangsa-mangsa banjir terbabit selain kami juga turut bersimpati dengan nasib mereka akibat bencana alam itu,’’ katanya. 

Zakaria berkata demikian di Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Banjir LZNK ke Terengganu dan Kelantan di Pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 27 Disember 2022.


RAJA muda Kedah sedang menampal sekeping pelekat di sebuah kenderaan di Majlis Pelepasan Konvoi Bantuan Banjir LZNK ke Terengganu dan Kelantan di Stadium Darul Amam, Alor Star, Kedah. - Kredit foto: LZNK


Majlis tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Datuk Syed Khairol Syed Abidin; Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Fadzil Awang; dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah, Aman Shah Hashim. 

Konvoi tersebut membabitkan 15 buah kenderaan yang akan berlepas dari negeri itu pada 27 Disember 2022  akan diiringi empat buah kenderaan pengiring dari JPJ Kedah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah.


Kredit foto : Warta Kedah


Sebelum itu, Tengku Sarafudin Badlishah ketika menyempurnakan majlis itu  bertitah, Kedah akan membantu sebaik mungkin mangsa banjir di kedua-dua negeri terbabit.

Baginda bertitah, sifat tolong menolong antara satu lain tanpa mengira negeri yang terlibat dengan musibah seharusnya dilakukan dalam kalangan rakyat di negara ini. - KitaReporters


Kredit foto: LZNK


SUMBER: Warta Kedah

 

14
6
0
11
0

Copy Link: