Syabas Dr. Mohammed Adnan Rajab Alattar! Graduan OKU penglihatan! Terima Ijazah Doktor Falsafah USIM!

Published by
KitaReporters


MESKIPUN mengalami masalah penglihatan sejak berusia 5 tahun, ia tidak menghalang kejayaan seorang guru bahasa Arab yang berasal dari Palestin untuk menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Bahasa Arab pada Sidang Pertama Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-20.

Dr. Mohammed Adnan Rajab Alattar merupakan antara salah seorang graduan daripada 2,955 pelajar yang bergraduasi pada majlis konvokesyen kali ini. 

Beliau sebelum ini telah mendapatkan pendidikan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di Universiti Islam Gaza di Palestin pada 2017 sebelum menyambung pengajian pada peringkat Doktor Falsafah di USIM untuk tempoh selama tiga tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OKU penglihatan


Sepanjang pengajian beliau di USIM, segala tugasan dan penulisan tesis beliau telah dibantu oleh sahabat baik beliau dan berada di bawah pengawasan penyelianya Dr. Zainal Abidin Hajib dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Hal ini kerana beliau hanya mampu mendengar dan bercakap sahaja.

Penglihatannya bertambah serius sejak lima tahun kebelakangan ini, dan sekali lagi ia tidak menghalang beliau menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan. 

Ketika ditanya mengenai dorongan dan semangat untuk menyambung pengajian pada peringkat Doktor Falsafah, beliau berkata “Saya ingin membuktikan kepada diri saya walaupun saya mempunyai masalah penglihatan, saya ingin mencapai kejayaan pada peringkat pendidikan yang tinggi”.

“Selain itu, antara cabaran yang turut dihadapi sepanjang tempoh melengkapkan pengajiannya ialah masalah penerimaan masyarakat terhadap golongan sepertinya” ujar beliau.

Majlis Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-20 berlangsung bermula 13 sehingga 15 Disember 2022 ini. - KitaReporters/USIM


19
11
0
8
0

Copy Link: