Video | Bagi suka komplen kerja dia susah? Lelaki tua selam dalam lubang najis! Demi rezeki halal!

Published by
KitaReporters


KISAH seorang lelaki tua menyelam ke dalam sebuah saluran najis bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan saluran kumbahan telah membuat orang ramai tersentuh dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @mankasim_, kelihatan lelaki itu menenggelamkan diri yang dipercayai untuk membetulkan sistem kumbahan yang telah tersumbat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha mencari pekerjaan


"Steady Pak Long menyelam dalam najis. Baiki saluran yang telah tersumbat,” katanya.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial terharu dengan pengorbanan pak cik itu yang sanggup melakukan pekerjaan yang tidak ingin dilakukan oleh kebanyakan orang demi mencari rezeki.



“Sungguh kuat semangat pak cik ini, lagi hebat dari apa yang kita lihat,” kongsi @rahimshahalam.

“Kesiannya, moga pak cik dapat anak yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa suatu hari nanti” ujar @nursyazuan.

“Sepatutnya kena beri pak cik ini gaji RM5 ribu,” jelas @Syaf. -  KitaReporters


9
6
0
13
0

Copy Link: