Video| Gara-gara banjir! Pengantin wanita naik perahu sejauh 4km! Akad nikah di pejabat agama!

Published by
KitaReporters

Kredit foto : Tribunnews.com


SAAT hari yang bahagia sememangnya dinanti-nantikan bagi setiap individu untuk melangsungkan perkahwinan yang penuh bermakna buat mereka walaupun adakalanya ia mengundang suka ataupun duka. 

Namun tiada sesiapa pun menjangkakan, seorang pengantin wanita dari Kabupaten Lamongan, Jawa Timur dengan pakaian pernikahan terpaksa menaiki sebuah perahu mengharungi sungai sejauh empat kilometer.

Wanita tersebut berbuat demikian demi majlis akad nikahnya pada 22 Januari 2022 lalu di Kantor Urusan Agama (KUA) atau pejabat agama di Kecamatan Turi.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengantin


FITRI yang berpakaian pengantin bersama sanak saudaranya menaiki perahu untuk pergi ke KUA di Kecamatan Turi. Kredit foto: Tribunnews.com


Pengantin perempuan bernama Fitri itu tiada pilihan lain kecuali menaiki perahu ekoran kampungnya, Desa Kepudibener serta beberapa batang jalan raya utama yang menghubungkan ke Kecamatan Turi ditengelami banjir sehingga tidak boleh dilalui sebarang kenderaan.

Lantaran itu, Fitri terpaksa menaiki sebuah perahu untuk pergi ke KUA itu bagi melaksanakan upacara akad nikah yang dijadualkan pada hari tersebut. 

Meskipun bencana alam yang menimpa kampung Fitri itu, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk membatalkan atau menangguhkan majlis akad nikahnya bersama Mas Alek.



Viral sebuah video dalam media sosial yang memaparkan seorang pengantin (Fitri) yang berpakaian cantik sedang naik perahu bersama sanak saudaranya.

Berdasarkan video itu, dilihat Fitri dibantu oleh seorang lelaki semasa menaiki perahu itu dan perahu merupakan alat pengangkutan yang penting apabila kampung warga ditenggelami banjir. 

Memetik laporan Tribunnews.com pada 23 Januari 2022 berkata, semua jalan desa itu ditutup akibat banjir yang melanda di Kecamatan Turi sehingga memaksa Fitri menggunakan sebuah perahu ataupun berjalan kaki ke KUA berkenaan.

Walaupun dalam serba kepayahan itu, wanita itu tetap tabah untuk hadir ke KUA  bagi menyempurnakan hari paling bahagia juga bersejarah kerana berkahwin pada musim banjir.


Kredit foto : Tribunnews.com


‘’Pengantin wanita itu bersusah payah ke KUA semata-mata untuk melakukan upacara akad nikah sahaja. ’Manakala majlis kenduri kahwin mungkin akan dilaksanakan pada musim kemarau nanti,’’ kata Tribunnews.com.

Selain Desa Kapudibener, 41 buah desa di lima kecamatan termasuk Kecamatan Turi, Kalitengah, Deket, Glagah dan Karangbinangun turut terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan mereka baru-baru ini. - KitaReporters


12
16
0
6
0

Copy Link: