Video| Terima kasih Mr Beast Malaysia! Suka bersedekah! Pak cik Grabfood terima sedekah masa bekerja!

Published by
KitaReporters


TERNYATA setiap orang mempunyai kisah masing-masing mengapa perlu meneruskan hidup demi mencari rezeki tanpa kita tahu sebabnya.

Begitu juga dengan sebuah video telah tular dalam TikTok memaparkan kisah seoranng individu yang dilihat bersedekah kepada seorang penghantar makanan GrabFood di sebuah pusat beli belah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan bersedekah


Ternyata orang yang membantu penghantar makanan ini ialah Mr Beast Malaysia yang dikatakan menampal duit bernilai RM50 pada baju seorangg pak cik penghantar makanan ini ketika beliau sedang menaiki eskalator.

Reaksi pak cik tersebut pada mulanya agak terkejut apabila melihat ada orang yang menampal sesuatu pada lengan bajunya itu lalu mengangkat tangan tanda terima kasih.



Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa kasihan terhadap penghantar makanan yang berusia ini kerana masih melakukan kerja seperti ini walaupun sudah berusia. 

Dalam masa sama, netizen mendoakan agar pak cik dan Mr Beast dipermudah segala urusan dan sentiasa dilindungi oleh Allah. - KitaReporters 



18
8
0
14
0

Copy Link: