AHLI Dewan Negara dan juga bekas personaliti televisyen, Senator Ras Adiba Radzi menzahirkan rasa syukur kerana dia sekeluarga disahkan negatif COVID-19. Sebelum ini, beliau memaklumkan adiknya yang merupakan pegawai khas untuk dirinya iaitu Ras Afiona Radzi telah disahkan positif COVID-19. : KitaReporters


Ras Adiba Radzi memuat naik kenyataan memaklumkan pegawai khasnya disahkan positif COVID-19.


Lagi cerita-cerita berkaitan Ras Adiba Radzi:

https://kitareporters.com/search?search=ras+adiba


Justeru, beliau sekeluarga perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari. Malah, Ras sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak dan berdoa agar rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak berkenaan.


Ras bersama adiknya, Raz Afiona Radzi yang disahkan positif COVID-19.


Ras berkongsi perkembangan terbaharu itu dalam media sosial miliknya.

“Syukur Alhamdulillah, Salam semua. Kami ingin kongsi berita mengenai keputusan saringan COVID-19 kami sekeluarga.

“Keputusan kesemua 10 orang ahli keluarga yang disaring adalah negatif. Syukur ke hadrat Ilahi,” tulisnya yang turut berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan kesihatannya sekeluarga.




Rata-rata pengikutnya dalam media sosial turut rasa bersyukur dengan keputusan tersebut. Semoga kita semua dilindungi daripada COVID-19. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: