PENYANYI lagu Camar Yang Pulang dan Janji Manismu, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin berjuang selama lima tahun, satu tempoh yang mencabar untuk menjaga pemakanan dan senaman sebagai memastikan kesihatan stabil selepas melalui proses pembedahan potong usus atau lebih tepat lagi pembedahan bariatrik. 

Aishah melakukan pembedahan itu demi menyelamatkan nyawanya.

"Saya di sempadan antara menghidap diabetes dan sakit lutut yang sangat menyakitkan kerana obesiti. Bila potong usus ni, bukan mudah. Saya 'timbang' makanan dan melakukan zumba bagi mengekalkan ukuran badannya agar kekal 'kurus'. " katanya ketika ditemui di majlis minum petang bersama wartawan anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di Hotel Cititel, Mid-Valley pada 11 Februari 2023.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Wan Aishah


Aishah juga tidak lagi menggajikan pengurus untuk menjadualkan tugasan dan memilih menaiki Grab untuk memenuhi undangan. Macam kedatangannya di majlis PERTAMA itu, dia naik Grab dari Shah Alam ke hotel di Mid-Valley.

Aishah berkata ada yang menyindir artis yang dikatakan mahu cepat kurus membuat pembedahan potong usus. Tetapi baginya, ia satu-satunya jalan yang ada kerana bukan pembedahan kosmetik tapi perubatan. 

"Ada artis yang buat pembedahan ini kerana penyakit hernia dan gastrik. Bukan boleh senang-senang macam kita buat suntikan botok. Kekal berjuang selepas pembedahan lagi 'seksa' kerana risikonya tinggi," katanya dalam satu video yang dimuat naik dalam Instagramnya.




"Bariatric surgery ni sudah lama sudah diamalkan. Nak buat pun kena ikut syarat. Kena ingat juga kalau amalkan pemakanan kesihatan segera, boleh terdedah dengan penyakit buah pinggang dan sebagainya." katanya yang kini berat badannya dalam 58 dan menggunakan saiz S bajunya (36).

Beliau sangat suka kerana sebahagian besar baju ketika dia 'gemuk' itu sudah didermakan. 

"Jika kita melihat ada orang yang pakai baju gemerlapan (glittering) itu mungkin baju-baju yang saya sedekah," katanya sambil tersenyum manja. Dia turut berkongsi cara mengekalkan kecantikannya dengan wartawan.



Aishah turut memohon sokongan peminat untuk video nyanyian terbaharunya yang dimuat naik dalam Tik Tok dan YouTube serta laman sesawangnya, Wan Ariffin JMM Official dan Instagram AishahJMM. 

Ini penting untuk mengekalkan nama di persada seni dan dia perlu menyesuaikan diri dengan media sosial yang digilai oleh generasi muda.

Dalam instagram terbaharunya, Aishah mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana selesai merakamkan semua lagu untuk album penuh. 

"Minat saya adalah bernyanyi kerana inilah punca rezeki saya walaupun ada orang buat ciapan menyindir saya dengan kata-kata,'buang tabiat' ke?

"Dia ni memang gurau ganas (macam anak jin macam dalam cerita P.Ramlee) hihihi tapi tunggu nanti kita dedicate satu lagu ni khas untuk dia. Kita tengok siapa yang buang tabiat nanti hihihih." - KitaReporters


11
19
0
10
0

Copy Link: